WEB BLOG
this site the web

Ketahanan Jiwa Ibadat Puasa

BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan Jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah. Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

Menyihatkan Badan
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud : “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103)

Ramadhan Al-Mubarak


DOA CINTA

Ya Allah, Ya Tuhanku..
Seandainya dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kemesraan antara kami...
Agar kebahagian itu abadi.

Ya Allah, Ya Tuhanku....
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah diriku dari kekecewaan...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Pasrahkanlah apa yang engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hambaMU ini..

Ya Allah, Cukupkanlah Engkau saja yg menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan ku sendirian..
Di dunia mahupun akhirat,
Menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,

Ya Allah, lindungilah diriku daripada sebarang kejahatan...
yang akan merosakkan kemuliaannya,
Ya Allah, seandainya hati ini Engkau berikan..
sebahagiannya kepada makhluk ciptaanMu,
berilah ia kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu,
supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kepadaMu,
dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu..

Ya Allah....Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina...
Kesejahteraan hidup yg Engkau rehdai,
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg soleh dan solehah.
Amin.......

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat seorang sahabat kita Us Azwan Shamshuddin ( bekas exco Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu ( KPT ), dan juga selalu terlibat dengen PMC PMRAM ) telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi kerana masalah kesihatan paru2. Ucapan TAKZIAH, saya ucapkan kepada keluarga arwah dan semoga arwah di tempatkan disebaik2 tempat disisiNYa..amin ya Rabb 'alamin..

Selamat Pengantin Baru

Semalam, 8 Ogos 2008 : Satu perubahan telah berlaku dalam kehidupan seorang sahabat aku...aku tumpang gembira la dgn perubahan tersebut...namun kesedihan jg melanda diriku ini...huhuhu...xde la saje je..dan ape yg pasti mendirikan rumahtangga menjadi idaman setiap insan apatah lagi untuk mendekatkan diri kepadaNya dalam suasana yang lebih menjamin kehidupan kita..hehe...

Okla, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat pasangan bahagia Amir Azhar dan Nadiha...semoga kalian mendapat lindungan rahmat Allah swt...kepada sahabat2 yang lain tunggu apa lagi...ikut la jejak yang baik ni...hehehe..ibarat kata atan...jangan tunggu lama2..nanti lama2..nanti dikebas orang....

Buat Amir dan Nadiha,
Sesungguhnya rumahtangga yang bahagia itu adalah pintu terbuka untuk menadah berkat cahaya Ilahi...semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini dan dikurniakan zuriat yang sempurna dan beramal soleh....amin ya rabbal alamin

Akad berlabuh kasihNya menyuluh, menyatu pengantin restuNya disepuh, syariat terlaksana ad-din terpelihara, dekorasi bahagia hari ini dan selamanya.....

Ekspo Gempak PMRAM ( EGP 08 )

Assalamualaikum,

Berita gembira buat sahabat2 sekalian, sebagaimana sebelum ini, sekali lagi PMRAM akan mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ( PMHK ). Namun pada tahun ini, konsepnya telah diubah dan menjanjikan suatu yang berlainan...nantikan kemunculan Ekspo Gempak PMRAM, pada 16-19 Ogos 2008.....

Antara acara-acara yang menarik :

Lintas Hormat
Sukan
Sukaneka
Acara Dewan
Pengisian Ilmiah
Nasyid dan banyak lagi......

Dan nantikan kemunculan :
Bazar PMRAM
Pameran

Petua Imam As-Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Alfun Mabruk

Setelah sekian lama menunggu...hampir 2bulan menanti result imtihan...kini satu-persatu dah keluar...ramai kawan2 aku yg dah dapat tahu keputusan masing2....mabruk la kepada sahabat2 yang berjaya...dan yang kurang bernasib baik tu...jangan kita putus asa..dont give up..gandakan usaha...teruskan semangat...jangan terlalu bersedih...mungkin disana ada hikmahnya...kata orang " mungkin doktor sayangkan kita lagi ", sebab tu la, dia nak kita bersama dgn dia lg tahun ni...itu ayat yg abg2 senior bg kat aku jgk la tu..semalam natijah utk tahun 2 syariah kaherah dah keluar...sebelum ni tahun 3 syariah tanta....natijah aku?bila lagi nak keluar???risau jgk aku ni...walaupun sblm dah ada yg pergi tgk control....alhamdulillah...tp, aku risau lg ni..ye la..bukan tak tahu kat mesir ni....apa2 pun boleh jadi...sblm ni pernah berlaku kat kengkawan aku..masuk exam madah lain, keluar natijah...subjek lain...pelik kan??tgk control dah najah...bila keluar yg sebenar..lain pulak jadi nya...tp aku berdoa...jangan la jadi macam tu....oklah, apa2 pun ....yang belum dapat natijah imtihan tu..termasuklah aku....sama2lah kita doa semoga semua najah...dan jangan lupa jgk doakan utk kejayaan kita di hari yang kekal abadi....

Tahniah


Sekalung TAHNIAH buat Skuad Sang Penyu atas kemenangan pada Kejohanan Piala Malaysia 2008 anjuran Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) pada kali ini......

Doa Seorang Perindu

“ Ya Rabbul izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir.
Ya Allah, jika saya jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu.
Ya Allah,jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas rinduku untuk bertemu dgnMu.
Jgn biarkan ku melupakan pd CINTA HAKIKI dan RINDU ABADI hanya utkMU,
Ya Allah.Amin.......”.

Letih tapi lucu...

.....sudah lebih kurang 4hari tak ter'update' blog aku ni....maklum la...bz semacam je....tp itu la lumrah kepada yang terlibat dgn kerja2 kebajikan ni....semoga ianya satu ibadat disisi Allah SWT...insya Allah....
oklah, hari ni amat meletihkan aku....apa tidaknya....main panas hari ni....sakit kepala...tp seronok tgk kwn2 dan sahabat2 berjuang pada kali ni untuk Kejohanan Piala Malaysia 2008...syabas aku ucapkan kepada Ajk Pelaksana....kpd Pengarah, sekalung tahniah atas kerja cemerlang anda...aku bangga dpt org mcni...aku pun tak dpt jd macam dia....
disini aku kongsi sikit pengalaman lucu hari ni.....mungkin kerana kelam kabut pada hari pertama kejohanan...biasala kan..hehe...salah satunya...pg td..aku gi beli air batu utk minuman peserta...aku beli kat Musallas..lps tu terus ke umah Penang utk ambik air yg dah suruh sahabat aku sediakan...sesampai di sana...huhuhu...dgn aku dah ada satu tong air...aku duduk sebelah driver...tong yg aku nak ambik kat umah Penang ni..tudungnya tak kemas...so, dipendekkan story...aku keluarkan ais tongkol dan tong air td...tong air aku letak dlm bonet kereta..ais td aku letak atas kaki lima jalan sebelah kereta....aku masukkan tong air yg Penang kat tempat duduk depan bersama aku....aku pun masuklah sekali...lepas tu terus ke pdg utk hantar air...tp kwn2,slpd beberapa minit bergerak...kwn aku tanya mana ais yg dibeli td?aku pun tercari2 la kat belakang kereta...namun aku pasrah....rupa2nya..aku tertinggal kat kaki lima td....Ya Allah,tensionnya aku.....apela nasib aku hari ini nya...aku ketawa sendirian..hehehe..cerita seterusnya...kita sambung lain kali la...aku dah ngantuk...ok...see u all again...

Rintihan Seorang Hamba yang Daif...

Ya Rabbul Izzati
Diriku ini bermunajat hanya kpdMu tempatku mengadu
Tiada makhluk lain yang berhak menolong diriku melainkan datangnya drpMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau lihatlah sekeping hati yg kotor dan busuk ini yg dinodai dosa2 silam

Ya Allah
Engkau ampunilah dosaku sama ada dosa besar atau kecil
Jgnlah Engkau tayangkan dosaku kembali di pdg mahsyar kelak
Sesungguhnya aku amat malu atas segala dosa yg aku lakukan

Sejak Nabi Adam diciptakan hinggalah pd saat ini
Perasaan cinta itu masih tumbuh mekar dalam jiwa setiap insan
Terlalu kuat akarnya hingga begitu sukar untuk dibuang
Ku letakkan mahkota cintaku yang pertama hanyalah padaMu Ya Rabbi..
Cintaku yang kedua hanyalah untuk Junjungan Mulia Ya Rasulullah...
Dan cintaku yang seterusnya ku serahkan kepada makhlukMu
Ya Tuhanku
Yang Mencipta diriku ini
Aku ingin dikasihi dan mengasihi
Seandainya diriku telah ditakdirkan untuk bersamanya
Engkau redhailah perhubunganku ini
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku...
Engkau peliharalah diriku dari kekecewaan

Ya ALLAH
Jika aku jatuh cinta
Maka cintakanlah aku pd ssorg yg melabuhkan cintanya kpdMu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Rahman
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati ssorg yg tertaut hatinya kepadaMu
Agar aku tidak terjatuh hati pada jurang cinta nafsu semata2
Ya Rahim
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku agar tidak berpaling drpdMu..
CintaMu itu lebih mahal dan lebih bernilai daripada segala cinta makhluk...

Ya Allah
Aku insan yang sangat lemah
Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu
Dan juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu
Ampunkanlah segala dosa aku
Ya Allah
Makbulkanlah doaku ini.Amin....

MALU SEPARUH IMAN

" MALU ITU SEPARUH IMAN ". Begitulah sabda Baginda Rasulullah SAW 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.

Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu ' buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah ' .

Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.

Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang ' periksalah diri kita sebelum kita diperiksa '.

Ulama pernah menyebutkan ' bertafakkur satu saat ( dalam memikir kebesaran Allah ) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun '. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.

Proses musyahadah perlu dilakukan secara konsisten sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat ' iman '. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan halawatul iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakukan muraqabah yakni menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan ' hablum min Allah ' ( hubungan dengan Allah ) dan ' hablum minannas ' ( hubungan dengan manusia ). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.

Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.

Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah, mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

Bersama ( Devotees )

Kita pernah bersama
menempuh onak & duka,
Tidak pernah putus asa walau dugaan datang melanda,
Dikau pernah bertanya bila cahaya akan tiba,
Ku berkata bersabarlah, serahkan saja pada Yang Esa,

Bila masanya menjelma,
Kejayaan akan tiba,
Namun tidak mungkin ku lupa kenangan indah kita bersama,
Menempuh onak cabaran & liku hidup yang panjang,
Tidak mungkin hidup ini sepi selagi ku masih di sini,

Kita pernah bersama menempuh onak & duka,
Tidak pernah putus asa walau dugaan datang melanda,

Bila masanya menjelma,
Kejayaan akan tiba,
Namun tidak mungkin ku lupa kenangan indah kita bersama,
Menempuh onak cabaran & liku hidup yang panjang,
Tidak mungkin hidup ini sepi selagi ku masih di sini,

Kini terungkai sudah kisah hidup kita,
Berbekal taat & sabar pasti kan berjaya....

Air Mata

Waktu terus berlalu silih berganti, zaman demi zaman berubah. Begitu pantas masa beredar. Tanpa terasa, umur ini makin bertambah. Tapi... ..usia hidup makin berkurang... . hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, setapak demi setapak, tempat yang dituju oleh setiap insan semakin hampir. Tempat yang pasti akan kita pergi... .itulah alam barzakh! Alam yang baru akan dihuni selepas kematian kita.
Siapakah yang tahu : Berapa lamakah lagi tersisa usia hidup kita didunia? Tak siapa yang boleh menjawabnya. Yang pasti... .semakin lama... semakin singkat dan dekat. Tapi, adakah kita telah bersedia? Apa kata jika masanya sudah telalu hampir? Bagaimana? Ah... . berfikir dan membayangkannya pun sudah terasa cemas, takut dan bimbang. Namun, kebanyakkan daripada kita masih lupa dan lalai...

Sampai bila wahai jiwa? Sampai bila? Sampai bila engkau akan lupa tentang hakikat penciptaanmu?

Sampai bila engkau akan membelakangkan perintah rabbmu? Demi menurut selera hawa nafsumu... terlena dek khayalan-khayalan yang kosong? Sampai bila ? Sampai ajal menjemputmu?

Telah banyak arahan, nasihat, dan peringatan disampaikan! Tetapi masih terasa kurang. Tahukah engkau harta yang kau banggakan dan tompok-tompok itu akan membelit lehermu di akhirat nanti?

Berapa banyak pula masa yang kau habiskan dengan sia-sia? Tidak tahukah engkau masa-masa ini juga akan dipertanggungjawabk an di hadapan Rabbmu Tahukah kau tentang sebuah syair mengungkapkan : tidak patutlah hidup, seseorang yang berfikir, kecuali hijrah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik. Janganlah engkau biarkan dirimu dipermainkan oleh dunia, sedangkan engkau melihat segala ibrah didalamnya.

Engkau tinggalkan al-Quran, sebaliknya engkau dengari lagu-lagu hina yang mempesona. Bukankah engkau juga tahu kesenangan hidup didunia hanya sementara, hanyalah sedikit cuma... berbanding dengan apa yang akan diperolehi di akhirat. Sanggup kau menggadai kesenangan dan kemewahan di sana untuk bersantai senang dengan hidup yang sementara di sini?

Mengenangkan keadaan yang sedemikian, tidak disedari air mata menitis membasahi pipiku. Aku menangis kerana terlalu sedikitnya amalan kebaikan, dan banyaknya dosa yang menyaluti tubuhku. Tiba-tiba, terasa titisan air mata bersuara : Gerangan apa yang terjadi wahai hamba Allah?. Siapa engkau? tanyaku. Aku titisan air matamu! jawab suara itu. Lalu, apa yang menyebabkan engkau keluar? Gelojak panas hatimu! Panasnya hatiku..? lalu apa yang meyalakan api di dalam hatiku, sehingga engkau merasa panas? Dosa-dosamu, dan maksiat yang telah engkau kerjakan. Apa... .? Dosa... ..? Apakah dosa mempengaruhi panas di dalam hati? Ya... tidakkah dikau pernah mendengar doa rasul yang dibacanya terus menerus?

Ya Allah ya tuhanku, bersihkanlah segala dosaku dengan air salji yang dingin.
Aku tertunduk diam. Berbagai pertanyaan terlintas dalam benakku tidak menentu, sampai pada satu ketika aku bertanya: Mengapa Rasulullah berdoa seperti itu, padahal kita tahu air yang panas mempunyai kesan yang kuat untuk menghilangkannya? .

Oh... .pertanyaan itu telah mengingatkan aku tentang pertanyaan ibnu Qayyim al-Jauzi kepada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Jawapan beliau; sesungguhnya maksiat dan kesalahan itu akan mendatangkan panas dan najis di dalam hati, sehingga hati menjadi lemah dan tidak berdaya menghadapi api syahwat. Sesungguhnya maksiat dan dosa seperti kayu bakar yang akan memarakkan kobaran api tadi, sebab itu semakin banyak maksiat dan dosa yang dikerjakan, semakin besarlah kobaran api tadi. Sedangkan air pula membersihkan kotoran dan menghentikan kobaran api. Apabila air itu bertambah dingin, maka daya penyejukkannya akan bertambah kuat, dan mampu membersihkan kotoran secara sempurna. Hurai air mata.
Engkau benar wahai air mata. Aku merasa gelisah, dan perasaanku tidak menentu di dalam hatiku. Aku kira ini merupakan dosa dan kealpaanku terhadap Rabbku.

Ya, benar apa yang engkau katakan, kerana sesungguhnya maksiat itu mendatangkan kesialan bagi pelakunya. Oleh itu, cepatlah engkau bertaubat sebelum ajal menjemputmu.

Sebelum berpisah, bolehkah aku bertanya satu pertanyaan?

Silakan,

Aku merasakan hati ini terasa keras bagai batu karang. Berapa banyak nasihat yang masuk tetapi aku tetap lalai terhadap hak-hak Rabbku. Yang anehnya, mengapa engkau tetap keluar?
Wahai hamba Allah, itulah panggilan fitrah. Jika engkau perhatikan pada masa-masa seperti sekarang ini, engkau menemui hati yang membatu, keras bagai batu karang lautan yang tidakkan goyang diterpa hempasan-hempasan gelombang dakwah dan suara hati nurani sendiri. Engkau akan sulit menemui hati yang sentiasa beriltizm untuk zikrullah, kecuali mereka yang mendapat taufik dan hidayah Nya.

Apa yang menyebabkan perkara ini?

Cinta dunia, dan tertipu oleh fatamorgana di dalamnya. Manusia sekarang ini telah terlena dan tertipu oleh kemewahan yang palsu dan fana. Dunia tidak ubah seperti ular yang dikagumi kerana kehalusan kulit dan keindahannya. Namun, disebalik itu mereka tidak sedar dia membawa malapetaka yang besar, dan berupaya untuk mematikan.

Apa yang dimaksudkan dengan racun itu?

Dosa-dosa dan maksiat, kerana sesungguhnya noda-noda dosa itu adalah racun di dalam hatimu. Maka, kita harus sucikan dan keluarkannya dari dalam. Jika tidak, maka akan matilah hati kita.
Lalu bagaimanakah caranya bagi kita untuk membersihkannya dari racun itu?

Dengan taubat yang terus menerus, dan hijrah ke perkampungan orang-orang yang kembali ke jalan yang benar melalui kereta orang-orang yang beristighfar, dan memohon ampun daripada Rabbnya. Dengan itu, engkau akan mengetahui segala sesuatu yang akan membersihkan hatimu dari benih-benih dosa yang akan tumbuh! Sekian

Tamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Salam Kekasih



Salam kekasih
Sayang istimewa
Rindu indah anggun
Cinta agung tak terbilang

Namamu teratas indah bersemi
Digilai didampingi
Dipuji jutaan dibibir
Dijunjung Dijulang

Tersemat kukuh di ingatan ini
Terpatri indah di realiti
Terukir unik di hati
Harum mekarlah kekasih hati
Ratu sanubari

Istimewanya perasaan ini
Tak pernah bersua bertentang mata
Namun….Izinkan aku berbicara
Luahan hati….Bisikan nurani

Kasih….
Ku yakini dirimu
Dan aku tetap yakin
Cintaku bukan kerana lain
Cintaku hanyalah kerna
Engkau adalah engkau
Yang selayaknya ku cintai

Aduhai rindu….
Aduhai sayang….
Aku hairan
Mengapa masih ada
Yang tidak mahu mengakui Mu
Masih Sombong, bongkak
Dan tidak siuman
Masih ada yang celik mata
Tetapi buta
Punyai telinga tapi tuli
Berfikiran tapi tidak berakal
Merasa bijak
Sebenarnya bodoh dan sesat
Dikurniakan nyawa dan hati
Tetapi mati

Kasih…
Aku sedih
Sedih aku melihat
Seenaknya maruahmu dipersenda
Sedih aku menyaksikan
Penghinaan terhadapmu

Sedih aku pedih
Terus mengharap pembelaan
Umat ini untukmu
Sedih mengenangkan diri ini
Hanya mampu
Berbicara kesal untuk mu

Kasih…
Percayalah….
Aku amat terluka lantaran
Perbuatan mereka
Kecewa….
Kemana hilang izzah umat ini

Berlalu 1400 tahun
Terpahat sejarah..
Engkau terulung pekerti
Tak terbalas jasamu
Segalanya hanya kerana
Kasih dan sayangmu

Lihatlah wahai dunia
Akuilah wahai semua
Sememangnya hanyalah dia
Gemilang cemerlang terbilang
Cerlang bergemerlapan
Penghulu utusan
Terpaling mulia
Rasul dan nabi
Pemegang amanah
Penyelamat umat ini

Wahai angin….
Sampaikan salam ini
Wahai malam…
Saksikan ikrar ini
Aku rindu…
Aku sayang…
Aku cinta padamu
Rasul ulung, agung SAW….



 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies