WEB BLOG
this site the web

4bulan berlalu.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum wbt,

Pertamanya, syukur kehadrat Allh SWT kerana masih memberi nikmat yang tidak ternilai besarnya..nikmat IMAN dan ISLAM kepada kita semua...syukur juga untuk sedikit masa yg diberikan ini untuk kembali membuka blog ini setelah 4bulan tidak ku tatapi...

Entahlah, kekadang bukannya sibuk sangat pun...tapi gitula...kesibukan yang sedikit itu menyebabkan aku malas nak buka blog ini...malas nak menulis...masalah yang berlaku disekeliling menyebabkan aku tiada mood nak memerah minda untuk sedikit ruangan ini...

Setelah 4bulan berlalu, banyak perkara yg telah berlaku dalam kamus hidup aku...macam2 peristiwa ada...ada yg sedih, menyayat hati...ada yg suka..gembira..seronok...semuanya ada...

September lalu, genaplah umur aku 25tahun...usia semakin meningkat...kematian semakin menghampiri...namun apakah persediaan yang telah aku buat....25tahun telah aku mendiami bumiMu, tapi apakah yang telah aku lakukan???kebaikan???kejahatan???maksiat???...Ya Allah...sesungguhnya aku menyesali atas segala kesilapan lalu...Ya Allah, ampunilah akan diriku ini...

Bulan2 yg lalu juga amat meletihkan aku...namun ada secebis gugusan kegembiraan disebaliknya...pelbagai aktiviti telah berlaku...baik dilapangan PMRAM, BKAN mahu pun DPM....semuanya bersatu padu dalam bekerja demi mencapai matlamat yang satu....mardhatillah...demi ukhuwwah islamiah...paksi kekuatan ummah.....

10 Zulhijjah 1429 bersamaan 8 Disember 2008, satu lagi peristiwa bersejarah berlaku dalam taqwin Islam...peristiwa yang menyaksikan pengorbanan keluarga Saidina Ibrahim as.....penyembilahan anaknya dalam melaksanakan perintah Allah SWT...ambillah pengajaran daripada kisah ini...semoga kita semua sentiasa bersedia dalam memberi sumbangan kepada ISLAM...sejauh manakah pengorbanan kita???

'idul Adha telah berlalu..peristiwa pengorbanan seorang anak dengan ayahnya....namun, tanggal 30Zulhijjah menutupi tirainya, kita dikejutkan dengan penyerangan, pengeboman terhadap saudara2 kita dibumi Palestin....korban kembali lagi...saudara2 kita telah dibunuh oleh musuh durjana laknatullah...apalah nasib mereka...hari demi hari jumlah kematian semakin meningkat...apakah yang kita mampu hulurkan???ayuhlah saudara2 Islam ku, bangkitlah, bangunlah dari tidur lenamu...bantulah mereka...selamatkan mereka...sama2lah kita hancurkan Israel dan musuh2 durjana...Ya Allah, kami mohon padaMu...bantulah mereka dibumi Palestin...Ya Allah, hancurkan Israel dan mereka yg bersamanya...

Cukup dulu permulaan kembali..Insya Allah ketemu lagi...

0 comments:

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies