WEB BLOG
this site the web

Persidangan Meja Bulat Hasilkan 3 Resolusi

Sumber : http://www.pmram.org

22 Julai - Konvensyen PMRAM telah menemukan 3 resolusi utama hasil daripada perbincangan meja bulat bersama-sama dengan wakil PMRAM, wakil BKAN dan termasuk juga wakil-wakil dari DPM. Resolusi-resolusi yang diperoleh, kemudiannya disebut oleh Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad kepada para perwakilan yang hadir dalam Konvensyen PMRAM 2009.

Resolusi-resolusi yang telah mendapat persepakatan dalam perbincangan meja bulat ialah:
1) Memberikan perhatian penuh terhadap agenda tarbiyyah PMRAM
2) Bersedia menyalur tenaga pakar demi survival PMRAM
3) Amal makruf nahi munkar tanggungjawab bersama

Resolusi-resolusi yang telah disepakati oleh setiap wakil yang terlibat, telah dibentangkan oleh Presiden dan beliau menegaskan bahawa resolusi yang dicadangkan untuk konvensyen pada kali ini adalah berbentuk perlaksanaan secara menyeluruh dan bukannya hanya bersifat retorik serta melambangkan teori semata-mata.

"Kita cukup komited dalam melaksanakan resolusi-resolusi yang telah kita sepakati dan bukanlah resolusi-resolusi ini banyak akan tetapi tidak menghasilkan apa-apa tindakan selanjutnya," jelas Presiden kepada setiap perwakilan.

Sebelum itu, saudara Presiden telah menyampaikan ucapan dasar Presiden PMRAM untuk pembawakan PMRAM pada sesi kali ini. Beliau telah menyampaikan 11 subtopik di bawah tema Julang Thaqafah Bakti Dicurah, sama seperti tema yang lepas akan tetapi ditambah dengan satu subtopik baru iaitu "Survival PMRAM".

Subtopik baru yang telah ditambah untuk pentadbitan PMRAM pada sesi ini adalah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan DPM Tanta. Para perwakilan yang membahaskan setiap subtopik yang telah diberikan, menyifatkan konvensyen pada kali ini adalah untuk memantapkan lagi struktur pentadbiran PMRAM pada masa akan datang.

Di samping itu juga, konvensyen pada kali ini juga diadakan slot ARMA yang telah dibentangkan oleh Timbalan Presiden, merangkap Lajnah Perancang Dan Panitia PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Dalam pembentangan tersebut, diketengahkan isu-isu yang berkaitan dengan ARMA dan tidak lupa juga terhadap kempen Dana Apatmen PMRAM.

0 comments:

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies