WEB BLOG
this site the web

Perang Tabuk

Bismillahirrahmanirrahim...

Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam sejarah Islam. Peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi baginda Nabi Muhammad SAW. Berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah bersamaan Oktober 631 M. Berlakunya peristiwa ini dalam suasana dan keadaan yang panas terik.

SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN
Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat ketika itu dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negera-negera Arab. Disamping itu, mereka mendapat khabar yang memberitakan sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah SAW telah mendapat berita tentang keinginan Maharaja Rom tersebut. Umat Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlu bersiap siaga dalam menghadapi segala bentuk propaganda dari musuh Islam.

SEBELUM PEPERANGAN
Umat Islam telah membuat perancangan yang drastik dan berhati-hati. Mereka bersepakat sekiranya Kerajaan Rom benar-benar bersedia untuk berperang , kaum Muslimin berhasrat untuk mengadakan pertempuran di luar kawasan suci kota Makkah dan Madinah. Akhirnya mereka bersedia tentangan musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Melalui permulaan peristiwa peperangan itu Allah telah menurunkan firmannya yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu, dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa ".
(Surah At-Taubah, ayat:123)

Umat Islam telah bersiap sedia dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari tentera berkuda. Pasukan besar ini telah dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri. Manakala tentera Rom pula telah dipimpin oleh Panglima Satria Hercules.

Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab di bawah pemerintahan Rasulullah SAW. Seorang ketua kaum munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai telah meminta keizinan kepada Rasulullah untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca yang terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah SAW bersetuju untuk menerima permohanan Abdullah bin Ubai, namun Allah SWT telah menegur perbuatan Rasulullah itu dengan menurunkan firmannya dalam Al-Quran yang bermaksud:

" Orang yang ditinggalkan (tidak ikut ke medan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan mereka tidak suka berjihad (menegakkan ajaran Allah) dengan harta dan jiwa mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini. Katakanlah (wahai Muhammad): Api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui".
(Surah At-Taubah,ayat:81)

Lalu Rasulullah tidak menerima permohonan kaum munafik untuk mengikuti peperangan.

Telah menjadi suatu kebiasan bagi kaum yang beriman, iaitu ketiadaan perbelanjaan yang mencukupi dalam segala aspek. Namun, perkara ini dapat diatasi dengan memikul segalanya secara bersama. Hartawan Islam terulung iaitu Uthman bin Affan telah mendermakan sebanyak 1,000 dinar untuk menanggung segala kos persiapan peperangan, kos senjata, ubat-ubatan dan makan serta minuman bagi angkatan tentera Islam.

Dalam perjalanan menuju ke Tabuk, umat Islam telah diuji oleh Allah SWT dengan kekurangan bekalan air dan cuaca yang terlalu panas. Tentera Islam mengadukan hal ini kepada Baginda Muhammad SAW, lalu sejurus itu Rasulullah berdoa kepada Allah. Lalu Allah memakbulkan permintaan Rasulnya dengan menurunkan hujan yang lebat sehinggakan umat Islam dapat minum dan mandi dengan sepuas-puasnya.

PEPERANGAN DI TABUK
Sesampai di Tabuk, Rasulullah SAW bersama angkatan tentera Islam telah mengadakan ' perjanjian perdamaian ' dengan penduduk di sekitar Tabuk. Rasulullah SAW telah memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi serta berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah SAW. Beliau sanggup membayar ' jizyah '. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah SAW juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.


Tujuan Rasulullah SAW berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka. Tetapi perbuatan Rasulullah SAW adalah untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah Islamiah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pangkalan perang. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasul ullah SAW itu dengan hati yang terbuka.

Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Baginda SAW telah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya:

  • Benteng wilayah Tabuk yang semakin kebal akibat kekuatan pihak Islam
  • Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa
  • Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk. Mereka telah digentarkan oleh Malaikat ( dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat ) yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah.

Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun.

Setelah segala-galanya selesai, tentera Islam pulang ke Madinah dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa. Tentera Islam berada di Tabuk selama 20 hari.

Ambillah pengajaran dan iktibar dalam setiap perkara yang berlaku. Mudah-mudahan ianya dapat membina kekuatan jati diri kita sebagai umat Islam seterusnya mendokong perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Baginda Muhammad SAW.


0 comments:

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies