WEB BLOG
this site the web

Rejab

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedar atau tidak, kita sudah pun melepasi 3 Rejab. Bulan yang padanya banyak kelebihan dan peristiwa yang bersejarah. Juga memiliki keistimewaannya tersendiri.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud :

" Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku ".

Firman Allah Swt :

" Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati (Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam). Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa ".

At-Taubah, ayat 36.

Selain itu juga, banyak hadis yang disabdakan oleh Baginda Muhammad SAW dalam menyatakan fadhilat ataupun kelebihan bulan Rejab ini. Antaranya ialah ;

Rasulullah SAW bersabda :

" Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang mukimin pada bulan Rejab, dikurniakan kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus ".

Rasulullah SAW bersabda :

" Bulan Rejab syahrullah ( bulan Allah ) diampunkan dosa orang yang meminta ampu dan bertaubat kepadaNya ".

Rasulullah SAW bersabda :

" Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga ".

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda Nabi SAW mendoakan: " Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadhan ".

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : " Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban ".

Didatangkan kelebihan-kelebihan ini adalah untuk memberi galakkan kepada kita dalam mendidik, membentuk jati diri serta mendekatkan diri kepadaNya. Puasa dapat membersihkan diri, Membuat bakti, kebaikan membentuk akhlak terpuji.

Sempena dengan bulan Rejab ini, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita.

Sahabat,
Sesungguhnya kejayaan kita didunia dan diakhirat bergantung sejauhmana kita dapat mentaati perintah Allah SWT dan mengikut jejak langkah yang ditunjuk oleh Baginda Rasulullah SAW.









0 comments:

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies