WEB BLOG
this site the web

Ketahanan Jiwa Ibadat Puasa

BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan Jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah. Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

Menyihatkan Badan
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud : “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103)

Ramadhan Al-Mubarak


DOA CINTA

Ya Allah, Ya Tuhanku..
Seandainya dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kemesraan antara kami...
Agar kebahagian itu abadi.

Ya Allah, Ya Tuhanku....
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah diriku dari kekecewaan...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Pasrahkanlah apa yang engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hambaMU ini..

Ya Allah, Cukupkanlah Engkau saja yg menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan ku sendirian..
Di dunia mahupun akhirat,
Menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,

Ya Allah, lindungilah diriku daripada sebarang kejahatan...
yang akan merosakkan kemuliaannya,
Ya Allah, seandainya hati ini Engkau berikan..
sebahagiannya kepada makhluk ciptaanMu,
berilah ia kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu,
supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kepadaMu,
dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu..

Ya Allah....Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina...
Kesejahteraan hidup yg Engkau rehdai,
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg soleh dan solehah.
Amin.......

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat seorang sahabat kita Us Azwan Shamshuddin ( bekas exco Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu ( KPT ), dan juga selalu terlibat dengen PMC PMRAM ) telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi kerana masalah kesihatan paru2. Ucapan TAKZIAH, saya ucapkan kepada keluarga arwah dan semoga arwah di tempatkan disebaik2 tempat disisiNYa..amin ya Rabb 'alamin..

Selamat Pengantin Baru

Semalam, 8 Ogos 2008 : Satu perubahan telah berlaku dalam kehidupan seorang sahabat aku...aku tumpang gembira la dgn perubahan tersebut...namun kesedihan jg melanda diriku ini...huhuhu...xde la saje je..dan ape yg pasti mendirikan rumahtangga menjadi idaman setiap insan apatah lagi untuk mendekatkan diri kepadaNya dalam suasana yang lebih menjamin kehidupan kita..hehe...

Okla, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat pasangan bahagia Amir Azhar dan Nadiha...semoga kalian mendapat lindungan rahmat Allah swt...kepada sahabat2 yang lain tunggu apa lagi...ikut la jejak yang baik ni...hehehe..ibarat kata atan...jangan tunggu lama2..nanti lama2..nanti dikebas orang....

Buat Amir dan Nadiha,
Sesungguhnya rumahtangga yang bahagia itu adalah pintu terbuka untuk menadah berkat cahaya Ilahi...semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini dan dikurniakan zuriat yang sempurna dan beramal soleh....amin ya rabbal alamin

Akad berlabuh kasihNya menyuluh, menyatu pengantin restuNya disepuh, syariat terlaksana ad-din terpelihara, dekorasi bahagia hari ini dan selamanya.....

Ekspo Gempak PMRAM ( EGP 08 )

Assalamualaikum,

Berita gembira buat sahabat2 sekalian, sebagaimana sebelum ini, sekali lagi PMRAM akan mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ( PMHK ). Namun pada tahun ini, konsepnya telah diubah dan menjanjikan suatu yang berlainan...nantikan kemunculan Ekspo Gempak PMRAM, pada 16-19 Ogos 2008.....

Antara acara-acara yang menarik :

Lintas Hormat
Sukan
Sukaneka
Acara Dewan
Pengisian Ilmiah
Nasyid dan banyak lagi......

Dan nantikan kemunculan :
Bazar PMRAM
Pameran

Petua Imam As-Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Alfun Mabruk

Setelah sekian lama menunggu...hampir 2bulan menanti result imtihan...kini satu-persatu dah keluar...ramai kawan2 aku yg dah dapat tahu keputusan masing2....mabruk la kepada sahabat2 yang berjaya...dan yang kurang bernasib baik tu...jangan kita putus asa..dont give up..gandakan usaha...teruskan semangat...jangan terlalu bersedih...mungkin disana ada hikmahnya...kata orang " mungkin doktor sayangkan kita lagi ", sebab tu la, dia nak kita bersama dgn dia lg tahun ni...itu ayat yg abg2 senior bg kat aku jgk la tu..semalam natijah utk tahun 2 syariah kaherah dah keluar...sebelum ni tahun 3 syariah tanta....natijah aku?bila lagi nak keluar???risau jgk aku ni...walaupun sblm dah ada yg pergi tgk control....alhamdulillah...tp, aku risau lg ni..ye la..bukan tak tahu kat mesir ni....apa2 pun boleh jadi...sblm ni pernah berlaku kat kengkawan aku..masuk exam madah lain, keluar natijah...subjek lain...pelik kan??tgk control dah najah...bila keluar yg sebenar..lain pulak jadi nya...tp aku berdoa...jangan la jadi macam tu....oklah, apa2 pun ....yang belum dapat natijah imtihan tu..termasuklah aku....sama2lah kita doa semoga semua najah...dan jangan lupa jgk doakan utk kejayaan kita di hari yang kekal abadi....

Tahniah


Sekalung TAHNIAH buat Skuad Sang Penyu atas kemenangan pada Kejohanan Piala Malaysia 2008 anjuran Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) pada kali ini......

Doa Seorang Perindu

“ Ya Rabbul izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir.
Ya Allah, jika saya jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu.
Ya Allah,jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas rinduku untuk bertemu dgnMu.
Jgn biarkan ku melupakan pd CINTA HAKIKI dan RINDU ABADI hanya utkMU,
Ya Allah.Amin.......”.
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies