WEB BLOG
this site the web

Kenyataan Media

IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM)


IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR atau dengan nama ringkasnya ILMAM secara rasmi membantah satu program yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang bernama Sisters In Islam (SIS) di Hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari baru-baru ini.

Difahamkan program tersebut membincangkan beberapa isu yang berkaitan Agama Islam yang sepatunya diberikan kepada pakar-pakar tertentu yang berkelayakkan sahaja. Antara isu tersebut ialah Isu Faraid, Poligami, Kesamarataan antara Gender dalam Islam dan lain-lain.

Pengerusi ILMAM, Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli menegaskan, SIS tidak layak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengadakan program tersebut kerana mereka tidak mempunyai asas dan pengatahuan yang kukuh berkenaan isu-isu tersebut dan dibimbangi akan menyebabkan salah tafsir dan keraguan pada agama Islam itu sendiri.

Ditambah lagi, ahli ahli panel dalam program tersebut merupakan antara tokoh-tokoh yang amat diragui hujah dan pendapat mereka seperti Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Beliau juga mempersoalkan kenapa program yang diberik nama MUSAWAH itu diluluskan oleh kerajaan bahkan dirasmikan pula oleh Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Selain itu kandungan perbincangan mereka berkaitan Perkara Moral yang tidak boleh diperundangkan dan Perkara Dosa-Dosa peribadi bukanlah satu jenayah amat-amat mengelirukan masyarakat dan umat Islam itu sendiri.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Saya berharap pihak JAKIM atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi perlu sedar dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam Liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia dari terus merebak kepada masyarakat kita Malaysia ini.

Sekian

Presiden ILMAM

Menawan Semenanjung Sinai

15hb-17hb Februari 2009- Rasa syukur yang tidak terhingga aku rafa'kan ke hadrat Ilahi diatas kesempatan masa yang diberikan untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat Terengganu menjelajah Semenanjung Sinai pada kali ini....aku gembira dapat meluangkan masa bersama mereka..inilah peluang aku setelah sekian lama tidak bersama dengan sahabat-sahabat terengganu...

Sinai merupakan sebuah dataran yang mirip sebuah pulau, diapit oleh dua teluk, Suez dan 'Aqabah. Hampir seluruh dataran Sinai ini merupakan padang pasir dan gunung-ganang. Banyak peristiwa kenabian yang berlaku di sini, antaranya:
  • peristiwa Nabi Ibrahim dalam perjalanan ke Syam
  • peristiwa Nabi Musa berbicara dengan Tuhan di lembah sucu Sinai
  • kisah Bani Israel ketika dihukum tinggal dikawasan gelap (Banjaran Teh) dan banyak lagi.
Ini antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai kenangan semasa di sana :

Pemandangan ketika matahari terbit dari Puncak Thur Sinai. Sungguh indah ciptaanNya dan agung kekuasaan Allah SWT.

Dihadapan pemandangan pancaran patung lembu Samiri(anak patung yang disembah Samiri).

Bergambar di pantai Dahab bersama sahabat-sahabat. Dari kiri Tarmizi, Adiey, Khairuddin, Syafizi dan Qatadah.

Di atas Kubu Solahuddin Al-Ayyubi

p/s : gambar-gambar lain akan di upload selepas ini.

PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi tiba-tiba aku mendapat wang 300 dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang 300 dirham dan kuserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila ku amalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada jiranmu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies