WEB BLOG
this site the web

Kembalinya seorang sahabat...


1999-Tahun inilah yang menenukan aku dengan seorang sahabat. Tahun inilah sama-sama kami dalam meneruskan kehidupan seorang pelajar dalam Thanawi, di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Hari ke hari kami semakin baik dan mesra. Inilah yang dikatakan permulaan persahabatan itu adalah tidak dirancang, ianya akan berlaku secara tiba-tiba. Bukan seorang sahaja sahabat yang bertambah, akan tapi semakin ramai sahabat-sahabat baru yang aku kenali. Antara yang rapat dengan aku adalah sahabatku Hasbullah Ali.

Selama empat(4) tahun kami menuntut dibawah bumbung yang sama. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang kami lalui. Pelbagai kejadian kami tempuhi. Bermacam-macam persengketaan yang terjadi. Itulah lumrah kehidupan dan dugaan yang kami lalui dalam sebuah persahabatan. Kekadang aku pasrah, namun aku tetap mensyukuri atas segala yang berlaku. Aku yakin ada hikmah disebaliknya. Banyak yang aku pelajari daripada persengketaan itu. Walaupun banyak perselisihan yang berlaku antara kami, di bilik asrama kami tetap berkongsi katil(katil 2tingkat).

Selepas tamatnya persekolahan, kami bekerja ditempat yang sama. Tenaga pengajar di Sekolah Rendah Ibnu Qayyum. Setiap pagi dia yang datang ambil aku untuk sama-sama ke sekolah. Al-maklumlah, aku tiada lesen. Banyak sebenarnya kisah-kisah yang berlaku antara kami, kalau nak tulis memang panjang. So, tulis apa yang patut je la..


21 September 2003- Kami sama-sama meninggalkan tanahair tercinta bermusafir mencari mutiara ilmu. Kami seramai enam(6) ikhwah, dua(2) akhawat menanam impian yang sama, mencari mardhatillah, Insya Allah. Kami iaitu, Nik Rosdi Nik Jusoh(penulis), Hasbullah Ali, Muhammad Asri Md Arof, Rafzan Razak, Syukrilah Jaafar dan Anirul Anuar Mohd, manakala akhawat Fatimah Salwani Abdullah dan Zuriati Othman. Kami enam(6) sahabat semuanya memilih muhafazah Tanta sebagai destinasi pilihan, namun hanya aku yang terpilih kesana. Selain aku semuanya terpilih untuk sambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Aku pasrah.


Semalam tanggal 8 November 2009, sahabatku Hasbullah telah kembali ke Malaysia. Hampir enam(6) tahun, akhirnya dia berjaya menamatkan B.A, Universiti Al-Azhar. Sayu, pilu, sedih menyelubungi aku buat seketika. Ramai sahabat-sahabat seprjuangan disini mengiringi kepulangannya. Kami yang hanya tinggal lima(5) sahabat tidak termasuk Anirul Anuar sempat menyampaikan lambaian terakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kaherah.


Sahabatku Hasbullah,
Kini kau sudah bergelar graduan Al-Azhar as-Syarif. Sebarkanlah peninggalan warisan ilmu yang telah dibawa oleh Junjungan Besar, Muhammad SAW keseluruh masyarakat. Teruskan perjuangan yang suci ini. Doaku sentiasa mengiringimu sahabatku.

Sama-sama kita thabat dalam perjuangan ini. Insya Allah.
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies