WEB BLOG
this site the web

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat sahabat kita dari Terengganu yang menuntut di Fakulti Usuluddin, Tahun Satu, Universiti Al-Azhar, Allahyarham Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi...

Takziah buat Saudara Mohd Hambali (Abang Allahyarham) juga penuntut Universiti Al-Azhar, Kaherah dan seluruh ahli keluarga Allahyarham....

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya...Amin Ya Rabbal 'alamin.

Jangan!!!

Adakah dikira menjuarai isu dengan hanya mengadakan forum, perbincangan berkenaan isu Palestine???Kalau perkara ini sudah dikatakan menjuarai isu...alangkah sempitnya minda kita, alangkah sedihnya saudara kita di bumi Palestine....

Jangan asyik menuding jari, mempersoalkan apa yang orang lain buat, apa yang mereka sumbangkan, tapi tanya diri sendiri....apa yang kita hulurkan, apakah bantuan kita kepada sahabat-sahabat Palestine???

Janganlah kita berbicara sekiranya kita tidak mengetahui hakikatnya...jangan salahkan orang lain jikalau kita tidak mendapat perkhabarannya...jangan selalu mencari kesilapan orang kerana keaiban sendiri pasti akan terbongkar pada akhirnya...

Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk mendapat hidayahMu..
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami ummat Islam dibumi Palestine
Ya Allah, hancurkanlah Israel laknatullah serta pembantu-pembantu mereka...
Ya Allah, padaMu kami mohon pertolongan dan pengharapan...

Selamat jalan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang melimpah ruah....malam ni sekali lagi aku akan menyaksikan kepulangan sahabat2 aku pulang ke tanahair...setelah lama mereka bermukim di bumi Anbia' ini untuk mencari mutiara suci sebagai bekalan untuk hari yang mendatang....namun bekalan yang dicari bukan sekadar untuk simpanan peribadi tetapi ianya juga sebagai habuan untuk masyarakat yang dahagakannya..sahabat2 aku yang akan pulang ke Malaysia pada malam ini ialah Anirul Anwar, Ahmad Fauzi dan Ihsanuddin Ismail.....

Buat sahabat2 aku, sekembalinya nanti janganlah sembunyikan diri yer...ramai yang kata mahasiswa Al-Azhar balik hilang entah kemana...betul ke???tapi, yang pasti sahabat2 aku bukan dari golongan yang sedemikian rupa...so, what should you do my friends???you must prove it...

Oklah, pesanan buat sahabat2 aku...walau apa pun yang bakal terjadi...pastikan kegemilangan dan kegemerlapan ISLAM akan terpancar di bumi Malaysia yang tercinta...Takbir!!!

Untukmu Palestine

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Rindu

Aku merinduimu teman untuk berjuang..
Aku rindukan sahabat untuk berjihad..
Aku rindukan kawan senda dan tawa..
Aku rindukan sadiq untuk beribadat..
Aku rindukan rakan untuk bermuhasabah..
Sama2 menuntut Ilmu Allah..
Sama2 bekerja untuk Islam..
Sama2 berkorban demiNya..
Saling berpesan2 dgn kebenaran & kesabaran..

Ya Allah..ubatilah rinduku ini...

4bulan berlalu.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum wbt,

Pertamanya, syukur kehadrat Allh SWT kerana masih memberi nikmat yang tidak ternilai besarnya..nikmat IMAN dan ISLAM kepada kita semua...syukur juga untuk sedikit masa yg diberikan ini untuk kembali membuka blog ini setelah 4bulan tidak ku tatapi...

Entahlah, kekadang bukannya sibuk sangat pun...tapi gitula...kesibukan yang sedikit itu menyebabkan aku malas nak buka blog ini...malas nak menulis...masalah yang berlaku disekeliling menyebabkan aku tiada mood nak memerah minda untuk sedikit ruangan ini...

Setelah 4bulan berlalu, banyak perkara yg telah berlaku dalam kamus hidup aku...macam2 peristiwa ada...ada yg sedih, menyayat hati...ada yg suka..gembira..seronok...semuanya ada...

September lalu, genaplah umur aku 25tahun...usia semakin meningkat...kematian semakin menghampiri...namun apakah persediaan yang telah aku buat....25tahun telah aku mendiami bumiMu, tapi apakah yang telah aku lakukan???kebaikan???kejahatan???maksiat???...Ya Allah...sesungguhnya aku menyesali atas segala kesilapan lalu...Ya Allah, ampunilah akan diriku ini...

Bulan2 yg lalu juga amat meletihkan aku...namun ada secebis gugusan kegembiraan disebaliknya...pelbagai aktiviti telah berlaku...baik dilapangan PMRAM, BKAN mahu pun DPM....semuanya bersatu padu dalam bekerja demi mencapai matlamat yang satu....mardhatillah...demi ukhuwwah islamiah...paksi kekuatan ummah.....

10 Zulhijjah 1429 bersamaan 8 Disember 2008, satu lagi peristiwa bersejarah berlaku dalam taqwin Islam...peristiwa yang menyaksikan pengorbanan keluarga Saidina Ibrahim as.....penyembilahan anaknya dalam melaksanakan perintah Allah SWT...ambillah pengajaran daripada kisah ini...semoga kita semua sentiasa bersedia dalam memberi sumbangan kepada ISLAM...sejauh manakah pengorbanan kita???

'idul Adha telah berlalu..peristiwa pengorbanan seorang anak dengan ayahnya....namun, tanggal 30Zulhijjah menutupi tirainya, kita dikejutkan dengan penyerangan, pengeboman terhadap saudara2 kita dibumi Palestin....korban kembali lagi...saudara2 kita telah dibunuh oleh musuh durjana laknatullah...apalah nasib mereka...hari demi hari jumlah kematian semakin meningkat...apakah yang kita mampu hulurkan???ayuhlah saudara2 Islam ku, bangkitlah, bangunlah dari tidur lenamu...bantulah mereka...selamatkan mereka...sama2lah kita hancurkan Israel dan musuh2 durjana...Ya Allah, kami mohon padaMu...bantulah mereka dibumi Palestin...Ya Allah, hancurkan Israel dan mereka yg bersamanya...

Cukup dulu permulaan kembali..Insya Allah ketemu lagi...
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies