WEB BLOG
this site the web

Mengukur Sebuah Cinta

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kepada anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lebih baik daripada doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini telah melukiskan sebuah cara untuk mengukur cinta kita pada Allah. Sementara ramai yang berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dapat bertemu dengan kekasihnya sambil membawa sesuatu yang bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kepada anda: “Dari mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dengan memalsu kuitansi, dengan mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yang telah engkau lakukan di dunia?”
“Ku hiasi hidupku dengan dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dengan murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dengan seorang hamba lain yang ketika di Padang Mahsyar berkata kepada Allah:
“Telah ku tahan lapar dan dahaga di dunia, telah ku basahi bibirku dengan zikir, dan telah ku curahkan waktu dan tenagaku untuk keagungan namaMu, telah ku hiasi malam ku dengan ayat suciMu dan telah ku letakkan dahiku di sejadah untuk bersujud pada kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yang lebih dari itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dengan membawa amal yang bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yang akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

BUBUR ASYURAA'; DI ANTARA ADAT DAN SYARIAT

Tersebut di dalam kitab Nihayatuz Zain, bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s berlabuh di Bukit Juudi pada hari Asyuraa' maka berkatalah Nabi Nuh a.s kepada umatnya:

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful (Kacang Poi) dan satu genggam kacang adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh bagai biji bijian yang dimasak".

Maka berkatala Nabi Nuh a.s: "Masakkanlah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang", maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji-bijian (bubur Asyuraa'), dan adalah masakan itu yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi".

Syeikh Ibnu Hajar Al-'Asqolani bersyair dengan katanya yang bermaksud:

Pada hari Asyuraa' tujuh yang dimakan, iaitu Gandum (tepung) dan Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang parpu)

Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia (sejenis kacang panjang) dan Kacang Ful (kacang Poi),

Inilah pendapat yang soheh dan manqul (yang diambil dari kalam Ulama').

Sesungguhnya peristiwa memasak makanan di Bukit Juudi itu merupakan suatu arahan daripada Nabi Nuh a.s dan setiap arahan para Nabi dan Rasul itu merupakan suatu hukum yang patut dipatuhi oleh umatnya.

Setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW, maka terbatallah hukum hakam atau syariat nabi yang dahulu kecuali beberapa perkara yang juga diamalkan seperti persoalan Aqidah Islamiyyah, khabaran peristiwa umat yang terdahulu untuk diambil pengajaran dan sebagainya.

Dan kita akan dapati di dalam kitab-kitab usul Fiqh ada dibahaskan secara panjang lebar tentang beberapa perkara yang merupakan sumber-sumber rujukan hukum di dalam Islam, iaitu: Al-Quran, al-Hadis, Ijma' Ulama, Qias, Istishab, Istihsan, Maslahatul Mursalah, al-Urf, Sadduz Zara'ii, Amal Ahli Madinah, Mazhab Sahabat dan Ash Syar'uu Man Qablana.

Ash Syar'uu Man Qablana bererti perkara yang berlaku pada zaman dan umat dahulu yang tidak dinasakhkan (dibatalkan) untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup berterusan oleh umat yang akan datang.

Maka bubur Asyuraa' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. Itupun kalau dimasak dan diadakan dengan tujuan mengingati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh a.s, di mana manusia lupa dan lalai dengan tuntutan beragama disebabkan menuruti kehendak hawa nafsu yang rakus maka Allah taala tenggelamkan mereka sehingga tiada sesuatu untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Dan lagi elok kita adakan dan masakkan bubur Asyuraa' dengan tujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan kepada makanan dan orang yang berpuasa dan sebagainya.

Dan lebih elok lagi apabila diadakan bubur tersebut secara berjemaah atau gotong-royong yang akhirnya akan menyebabkan terjalinnya ikatan ukhuwwah yang erat dan kukuh.

Tetapi janganlah sampai bubur Asyuraa' dijadikan matlamat, sehingga akhirnya mengenepikan penghayatan terhadap ibadah, seumpama Puasa Sunat Asyuraa'.

Maka dengan tujuan-tujuan di atas tadi, menjadikan bubur Asyuraa' yang kita adakan itu adalah Ibadat. Tetapi sekiranya bubur yang menjadi perseoalan penting dengan semata-mata untuk mencuba resepi baru, sehingga mengenepikan tujuan ianya disyariatkan, maka ianya menjadi adat semata-mata dan kosong dari mendapat ganjaran pahala Allah taala.

Pencalonan Baru Untuk Barisan Kepimpinan PMRAM Dibuka

Sumber: http://www.pmram.org

PMRAM hari ini mengumumkan bahawasanya tarikh pencalonan bagi barisan kepimpinan PMRAM sesi 2010, dibuka bermula pada 23 Disember 2009, bersamaan dengan 6 Muharram 1431H, hari Rabu sehingga pada 30 Disember 2009, besamaan dengan 13 Muharram 1431H, hari Rabu.

Segala urusan pencalonan boleh dibuat sepanjang tarikh tersebut melainkan pada hari Jumaat. Borang pencalonan boleh didapati di Pejabat PMRAM, bagi ikhwah dan di Rumah Selangor, Hayyu 'Asyir bagi pencalonan akhawat. Setiap borang pencalonan yang hendak dihantar, perlu menghantar dari terikh permulaan pembukaan pencalonan sehingga pada tarikh akhir pencalonan selewat-lewatnya pada jam 4 petang.

Segala permasalahan, bolehlah terus berhubung kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM, Saudara Rafzan bin Razak di talian, +20114527822 bagi ikhwah, dan Saudari Huzaimah binti Mustaffa di talian, +20191228204.

Kembalinya seorang sahabat...


1999-Tahun inilah yang menenukan aku dengan seorang sahabat. Tahun inilah sama-sama kami dalam meneruskan kehidupan seorang pelajar dalam Thanawi, di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Hari ke hari kami semakin baik dan mesra. Inilah yang dikatakan permulaan persahabatan itu adalah tidak dirancang, ianya akan berlaku secara tiba-tiba. Bukan seorang sahaja sahabat yang bertambah, akan tapi semakin ramai sahabat-sahabat baru yang aku kenali. Antara yang rapat dengan aku adalah sahabatku Hasbullah Ali.

Selama empat(4) tahun kami menuntut dibawah bumbung yang sama. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang kami lalui. Pelbagai kejadian kami tempuhi. Bermacam-macam persengketaan yang terjadi. Itulah lumrah kehidupan dan dugaan yang kami lalui dalam sebuah persahabatan. Kekadang aku pasrah, namun aku tetap mensyukuri atas segala yang berlaku. Aku yakin ada hikmah disebaliknya. Banyak yang aku pelajari daripada persengketaan itu. Walaupun banyak perselisihan yang berlaku antara kami, di bilik asrama kami tetap berkongsi katil(katil 2tingkat).

Selepas tamatnya persekolahan, kami bekerja ditempat yang sama. Tenaga pengajar di Sekolah Rendah Ibnu Qayyum. Setiap pagi dia yang datang ambil aku untuk sama-sama ke sekolah. Al-maklumlah, aku tiada lesen. Banyak sebenarnya kisah-kisah yang berlaku antara kami, kalau nak tulis memang panjang. So, tulis apa yang patut je la..


21 September 2003- Kami sama-sama meninggalkan tanahair tercinta bermusafir mencari mutiara ilmu. Kami seramai enam(6) ikhwah, dua(2) akhawat menanam impian yang sama, mencari mardhatillah, Insya Allah. Kami iaitu, Nik Rosdi Nik Jusoh(penulis), Hasbullah Ali, Muhammad Asri Md Arof, Rafzan Razak, Syukrilah Jaafar dan Anirul Anuar Mohd, manakala akhawat Fatimah Salwani Abdullah dan Zuriati Othman. Kami enam(6) sahabat semuanya memilih muhafazah Tanta sebagai destinasi pilihan, namun hanya aku yang terpilih kesana. Selain aku semuanya terpilih untuk sambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Aku pasrah.


Semalam tanggal 8 November 2009, sahabatku Hasbullah telah kembali ke Malaysia. Hampir enam(6) tahun, akhirnya dia berjaya menamatkan B.A, Universiti Al-Azhar. Sayu, pilu, sedih menyelubungi aku buat seketika. Ramai sahabat-sahabat seprjuangan disini mengiringi kepulangannya. Kami yang hanya tinggal lima(5) sahabat tidak termasuk Anirul Anuar sempat menyampaikan lambaian terakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kaherah.


Sahabatku Hasbullah,
Kini kau sudah bergelar graduan Al-Azhar as-Syarif. Sebarkanlah peninggalan warisan ilmu yang telah dibawa oleh Junjungan Besar, Muhammad SAW keseluruh masyarakat. Teruskan perjuangan yang suci ini. Doaku sentiasa mengiringimu sahabatku.

Sama-sama kita thabat dalam perjuangan ini. Insya Allah.

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS


"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) �

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Kenangan Terindah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWt atas segala nikmatNYA. Semalam berakhirlah program Pembacaan Kutub Sittah, anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM). Program ini telahberlangsung selama empat hari bermula pada 17-20 Oktober 2009.

Setibanya Syeikh Ali Jum`ah, Mufti Mesir, aku menitiskan air mata tanda syukur kepada Allah SWT. Aku terfikir sejenak, bagaimana JPMK cuba menghalang program ini dengan menggunakan surat kepada Syeikhul Azhar, Syeikh Sayyed Tantawi, tetapi Allah SWt kurniakan Syeikh Ali Jum'ah dalam program ini. Selagi kita menjalankan perkara kebaikan Allah SWT akan sentiasa bersama kita. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu...

Tenang melihat wajah-wajah ulama' ini, membuatkan diri ini kerdil sekerdilnya. Aku menitiskan air mata tanpa disedari.

Tahniah kepada PMRAM dan seluruh ahli yang menjayakannya...

Sepanjang...

Dah lama rasanya blog ini bersawang..al-maklumlah kesempitan masa untuk mengadap laptop..so, macam-macam peristiwa,suka duka yang berlaku dalam tempoh itu..dari mana nak mulanya???

Entry yang terakhir adalah diakhir Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah, bulan yang dilimpahi dengan kelebihan..

Peristiwa pertama :
Empat(4) tahun lalu, 30 Ramadhan, satu peristiwa telah menimpa ke atas keluarga aku. Perginya seorang tokoh yang menjadi pembakar semangat kepada aku dan adik-beradik yang lain.Allah SWT lebih menyanyangi beliau.Beliau yang dimaksudkan adalah arwah Abah aku(Nik Jusoh Bin Salleh). Semoga abah ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang soleh, yang bertaqwa kepada Allah SWT, mereka yang dijanjikan Syurga, Insya Allah..

Peristiwa kedua :
Syawal menjelma setelah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tahun sebelum ini aku tidak berpeluang bersama dengan sahabat-sahabat di KPT. Maklumlah sebagai kepimpinan diperingkat pusat, aku dan sahabat2 kepimpinan yang lain akan diamanahkan untuk membaca perutusan Hari Raya 'idulfitri dari Tuan Presiden, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) di Badan Kebajikan Anak Negeri angkat masing-masing. Tetapi tahun ini, disebabkan sedikit masalah kesihatan aku meminta izin untuk tidak membaca perutusan tersebut dan sempatlah bersama sahabat-sahabat di KPT.

'idulfitri tahun ini sedikit berbeza dengan sebelumnya. Kenapa macam itu?aku sendiri pun tak tahu, tetapi memang berbeza. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..lambat laun kita akan tahu jua…

Sebelum aku menutup bicara untuk peristiwa kedua ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menjemput untuk 'open house'..apa yang boleh dikatakan dan boleh diisytiharkan pada tahun ini adalah, menu rasmi 'open house ialah nasi himpait @ nasi kapit…

Peristiwa ketiga :
30 September, tarikh kelahiran aku..pertamanya aku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih peluang untuk aku terus menghirup udara dimuka bumiNya ini. Jua aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merubah diri kearah yang lebih baik.

Ucapan terima kasih kepada pembuat kek coklat..sedap..lepas ni boleh tempah lagi..hehehe..ramai yang puji kek coklat tu..terima kasih juga aku ucapkan kepada sahabat-sahabat yang mendoakan aku..juga tak dilupakan yang disayangi my little brother..thanks a lot untuk hadiah tu…

Sebenarnya ada lagi peristiwa yang berlaku sebelum tibanya tarikh kelahiran aku ini..tapi aku akan berbicara pada ruang yang khusus…

Nantikan ceritanya…

15 Alasan rindukan Ramadhan

Fuad Syazwan menulis "Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:

1. Gelaran taqwa

Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah infrastructure untuk mendapatkan gelaran taqwa itu.

"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
QS al-Baqarah: 183

Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah

Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri, saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."
QS. Ath Thalaaq: 2

"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
QS. Ath Thalaaq: 4


b. Dicukupkan keperluannya

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ..."
QS. Ath Thalaaq: 3


c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati

Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
QS. al-A'raaf: 35


2. Bulan pengampunan

Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkinterjadi. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan
Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."


3. Pahalanya dilipatgandakan

Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya."
HR. Bukhari Muslim

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib.
HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah

Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah..


4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu. "
HR Muslim

Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan "Sale". Orang yang tidak membeli akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya sedemikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk syaitan menggoda manusia.


5. Ibadah istimewa

Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku."
HR Bukhari Muslim

Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa.

Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita tauladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar boleh melalui membaca Al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.


6. Dicintai Allah

Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada- Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya."
HR Bukhari


7. Do'a dikabulkan

"Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku. "
QS. al-Baqarah: 186

Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku."

Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang."
HR Ahmad dan Tirmidzi

Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan, kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram, bagaimana dapat dikabulkan doanya?

Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.


8. Turunnya Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan.
QS. al-Qadr

Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur'an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada malam itu.

Beberapa hadith shahih meriwayatkan malam Laulatul Qadar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (sholat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa di akhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Oleh kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut Lailatul Qadar.

Ada dua tanda Lailatul Qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)kesejahteraa n/kedamaian sampai terbit fajar.
QS al-Qadr: 4-

Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!'

Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qadar.


9. Meningkatkan kesihatan

Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh
memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).

Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel cancer. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perot, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis
organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.


10. Penuh harapan

Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah, menjadikan hidup lebih bermakna.

"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya."
HR. Bukhari


11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

"Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup."
HR. Bukhari


12. Minum air telaganya Rasulullah saw

"Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.'

Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu... Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus hingga masuk syurga."
HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi


13. Berkumpul dengan sanak keluarga

Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman.

Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain.

Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadith, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi! "
HR. Bukhari


14. Qaulan tsaqiilaa

Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan) untuk melakukan sholat malam dan tadarus al-Qur'an. Waktu paling baik menunaikan sholat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
QS Al Muzzammil: 3

Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah sholat isya' dengan berjamaah di masjid. Sholat ini lebih popular disebut sholat tarawih.

Sholat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula selesai sholat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, kerana al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan- perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan sholat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.


15. Hartanya disucikan

Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barkah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barkah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barkah akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan.

Aku dan Puasa

Setelah sekian lama blog ini bersawang tanpa sebarang entri. Hari ini telah pun 24 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Adakah aku telah menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya? Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang benar...aku pasrah!!!

Sepanjang Ramadhan kali ini, banyak perkara yang telah berlaku ke atas diri kerdil aku ini. Namun aku aku redha dengan ketentuanMu Ya Rabb. Aku dan Puasa???

Alhamdulillah puasa tahun ini banyak mendidik aku untuk mengkaji dan membaca. Perkara yang sepatutnya aku lakukan dahulu tidak aku lakukan. Membaca dan mengkaji adalah hobi aku suatu ketika dulu, namun tertinggal buat sekian lama, kini ianya kembali bersama aku. Terima kasih buatMu Ya Allah, kerana mencampakkan kembali perkara baik ini untuk aku.

Kenapa aku berkata demikian??? Puasa tahun ini telah banyak mendesak aku untuk membaca. Kerana terpaksaanlah yang menyebabkan aku jadi minat kembali. Namun aku berdoa kepadaMu, permulaan yang terpaksa ini akan menjadi keikhlasan pada akhirnya. Untuk memulakan kembali perkara ini, aku terpaksa memaksa diri aku. Ya Allah, pandulah aku. Ya Allah, bimbinglah aku.

Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.


Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja. Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang

Sumber : http://www.harakahdaily.net

Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah...kita semua telah berada dalam Madrasah Ramadhan. Juga telah melangkau 3Ramadhan 1430H. Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi peluang dan kesempatan kepada kita untuk sama-sama memperbaiki diri yang dhaif ini...

Selama 3hari ini, sejauhmanakah penghayatan kita kepada kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini? Adakah kita memanfaatkannya dengan amal ibadah sebanyak mungkin? Adakah kita menghayati Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan keinsafan?

Madrasah ini masih lagi berbaki 26 atau 27 hari lagi. Dikesempatan yang ada ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan mutu dan kualiti ibadah kita. Jangan jadikan Ramadhan ini sekadar kelaziman berpuasa yang tiada nilai tambah dan peningkatan pada diri kerdil kita. Sama-sama kita menghayati dengan sepenuhnya Ramadhan Al-Mubarak.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pd malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan ruh(Jibril) dgn izin Tuhannya unt mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." (Al-Qadr:1-5)

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

Dari Abi Hurairah beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."(HR Bukhari, Muslim & Nasaei)

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari dan Muslim)

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaei & Baihaqi)

Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. " (HR Bukhari& Muslim)

"Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-­setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka." (HR Tirmidzi)

Semoga Ramadhan kali ini lagi ada peningkatannya berbanding dengan Ramdhan yang lalu. Diharapkan juga semoga kita menjadi hambaNya yang hari ini lebih baik dari kelmarin...Insya Allah.

Munajat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.

"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami.

"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik

"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat.

"Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri ,

"dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,

"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Ramadhan Kareem


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh ummat Islam. Semoga kita semua dapat mempertingkatkan amal ibadat pada bulan yang penuh barakah ini.

Dikesempatan ini, saya memohon kemaafan andaikata diri kerdil ini banyak melakukan kesilapan yang disengajakan mahupun tidak.

Sama-samalah kita merebut peluang dan tawaran hebat pada Madrasah Ramadhan ini. Semoga kita semua dipertemukan pada Syurga yang menjanjikan segala kenikmatan. Insya Allah.

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

11 Ogos 2009, Inilah lirik nasyid yang aku nyanyikan semasa Malam Perasmian Penutup Ekspo Gempak PMRAM bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan(PMHK). Aku dijemput naik ke pentas untuk bersama Bazli(UNIC) bagi memeriahkan majlis. Bersama aku ada juga sahabat-sahabat yang lain..Aku tak ingat pun lagu ni, sebab dah lama tinggal..so, apa lagi,layankan je la..hehehe

Entri ni saje je aku tulis, just nak hiburkan hati aku..

SMA(A)SZA diarahkan cuti

Pihak Kesihatan telah mengarahkan supaya SMAASZA bercuti dari hari ini sehingga 20 Ogos, berikutan beberapa orang pelajar mengalami demam. Ini bererti para pelajar akan bercuti selama dua minggu termasuk cuti pertengahan penggal. Oleh itu semua peperiksaan akan ditangguhkan termasuk peperiksaan percubaan STAM dan PMR. Diharapkan para pelajar tidak panik dengan perkembangan ini kerana belum ada tanda-tandanya lagi. Yang pasti anda semua akan mengahadapi peperiksaan sebenar tidak lama lagi.

Nasihat Mudarris agar para pelajar gunakan masa cuti dengan menjaga kesihatahn masing-masing dan mentelaah buku-buku pelajaran terutama pelajar STAM.

Sumber :http://nadifotografi.blogspot.com

Tips Membina Kredibiliti Pimpinan

KEIKHLASAN KERANA aLLAH SWT SERTA SENTIASA BENAR DAN JUJUR
Perkara ini akan memudahkan datangnya pertolongan Allah SWT kepadanya. Dengan demikian Allah SWT akan menghimpunkan golongan yang ikhlas dan benar lagi jujur untuk membantu dan berdiri bersamanya dengan penuh kejujuran serta keikhlasan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
'Jika kamu menolong agama Allah SWT nescaya Allah SWT akan menlong kamu'


WAJIB SENTIASA MERASA SENSITIF TERHADAP PENGINTIPAN DAN PENGAWASAN ALLAH SWT TERHADAPNYA SETIAP AMAL YANG DIUSAHAKANNYA
Perasaan itu akan mendorongnya segera membuat kebaikan dan membaiki segala kerjanya serta mendorongnya manaiki martabat IHSAN.

'Hendaklah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatNya makan sesungguhnya Dia melihhatmu'

MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT DALAM SEGALA PERKARA DAN URUSAN
Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT dan mengadu kepadaNya.
Sentiasa mengawal perasaan bahawa segala usaha adalah kerana kudrat kuasa serta perencanaan Allah SWT.
Sentiasa menyedari bahawa semua amal dan usaha itu hanyalah sebagai musabbab sahaja dan sesungguhnya segala kejayaan hanyalah dengan pertolongan Allah SWT.

MEMPUNYAI RASA TANGGUNGJAWAB YANG MENDALAM
Ini akan mendorongnya agar berhati-hati dalam memegang amanah yang didukungi. Mestilah mengetahui, menyedari, berusaha bersungguh-sungguh serta memberi pengorbanan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul.
bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dalam mencapai faedah dan natijahnya.

KEMURNIAAN PENGERTIAN KASIH SAYANG DAN UKHUWWAH FILLAH
Perkara ini hendaklah dipupuk antara pimpinan dan mereka yang dipimpin. hal ini akan melahirkan suasana persefahaman, kesepakatan, tolong-menolong dan kerjasama dalam mengatasi segala masalah dan rintangan.

MERANGKA DAN MERANCANG
Perancangan, penetuan, matlamat, marhalah, persiapan dan sebagainya mengikut kemampuan.
Bijak mengagih-agihkan tugas dan kerja yang penting kepada mereka yang berkenaan dalam memberikan penjelasan yang sewajarnya.
Mengawasi perlaksanaan kerja yang telah diarahkan dan mengatasi segala rintangan serta halangan yang mendatang.

KEPIMPINAN DAN MEREKA YANG DIPIMPIN MESTILAH BERUSAHA MEMBENTUK IMAN YANG KUAT

WASIAT IMAN SYAHID HASSAN AL BANNA

Kamu tidak akan dikalahkan lantaran sedikitnya bilangan kamu, lemahnya kelengkapan dan peralatan kamu atau berhimpunnya musuh-musuh menentang kamu, kerana walaupun semua penghuni di muka bumi ini berhimpun memusuhi kamu nescaya mereka semuanya tidak dapat membahayakan kamu kecuali apa yang telah ditentukan Allah kepada kamu.

Tetapi kamu akan dapat dikalahkan dengan begitu teruk yang mengakibatkan kamu hilang segala-galanya lantaran satu sebab iaitu :

Apabila hati kamu telah rosak, Allah SWT tidak memperbaiki amal-amal kamu, suara kamu telah berpecah dan fikiran kamu bertentangan antara satu sama lain.

Sebaliknya selagi kamu bersatu padu, ditambah dengan sentiasa mengadap Allah SWT, sentiasa jalankan ketaatan kepadaNya, berjalan menurut manhaj redhaNya, tidak pernah merasa lemah dan hina, maka kamulah umat yang paling tinggi...

Allah SWT bersama kamu dan Dia tidak akan mensia-siakan amal dan usaha kamu.

Petikan : Jalan Dakwah, Antara Pimpinan dan Tentera(M.Masyhur)

Untuk sahabat-sahabatku,
Jasamu dikenang, hanya Allah SWT yang layak membalasnya. Pengorbanan hari ini adalah untuk memastikan kesinambungan perjuangan generasi akan datang, kerana kita adalah mata rantai perjuangan itu.

H1N1: PERUTUSAN PRESIDEN PAS

Sumber : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1935 - Abu Jihad


Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang sangat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda atau kaya miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah ujian Allah SWT kepada kita.

Dalam hal ini, pertamanya PAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini.

Kedua, agensi kerajaan yang mendepani dalam menghadapi wabak ini iaitu Kementerian Kesihatan juga seharusnya diberi pelbagai ruang dan sumber yang secukupnya supaya kakitangan kementerian ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh professional dan selamat. Segala nasihat yang disampaikan dan tindakan yang diambil oleh mereka ini perlu dipandang dengan serius oleh semua pihak. Dalam pada itu juga, segala prosedur dan proses bagi mendapatkan bahan ubatan untuk menghadapi wabak ini yang dijangka berada di pasaran dalam tempuh beberapa bulan lagi juga seharusnya dipermudahkan.

Ketiga, PAS menyeru supaya pihak-pihak institusi pendidikan di semua peringkat yang menempatkan golongan pelajar dalam kelompok yang ramai ini juga untuk mempermudahkan segala proses membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap penularan ini.

Keempat, sekiranya diperlukan untuk membantu mana-mana pihak atau sesiapa sahaja dalam suasana sebegini, maka PAS telah bersedia untuk menggerakkan seluruh tenaga sukarelawan menerusi Unit Amal, Lajnah Kebajikan, tenaga doktor dan kaunseling serta alim ulama untuk membantu rakyat dalam menghadapi wabak ini. Ini adalah sumbangan PAS kepada seluruh rakyat supaya kita sama-sama dapat menghadapi suasana ini secara bersama tanpa mengira fahaman politik.


Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

H1N1 : Pandangan Sosialis dan Pandangan Agamawan

"Terkejut apabila membaca artikel Hishamuddin Rais berkenaan penyakit H1N1 dalam kolum berita Malaysiakini semalam, 12 Ogos 2009. Analogi yang diberikan amat mudah difahami tetapi dalam ruang lingkup yang besar. Di sini beliau telah melakukan penyelidikan walaupun tidak menyeluruh namun telah memberi jawapan secara empirikal dan sangat berkaitan dengan fenomena sebenar dunia pada hari ini. Huraian penyakit H1N1 dari konteks agama telah dijelaskan oleh Tuan Guru Dr. Haron Din dan termuat dalam akhbar Harakah terbitan sebelum ini.

Terdapat perbezaan yang sangat jelas penerangan yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini. Hishamuddin Rais dikenali seorang ahli sains sosial yang mementingkan hujah-hujah empirikal (bukti) dalam sesuatu fenomena yang berlaku. Sementara Dr. Harun Din merupakan seorang cendikiawan Islam yang terbukti mempunyai ilmu agama yang tinggi dan pandangan Islam yang jauh.,

Jika dilihat keadaan sebenar dunia pada masa kini, fahaman kapitalis merebak di mana-mana. Semua perkara berhubung dengan kehidupan manusia semata-mata bepaksikan keuntungan. Niat, perbuatan dan hubungan sesama manusia adalah sejauh mana keuntungan boleh dibuat. Keuntungan kecil bermakna hubungan yang sedikit, keuntungan besar membolehkan hubungan lebih rapat sesama manusia. Tiada lagi hubungan kerana ALLAH SWT. Semuanya adalah fulus.

Perubahan fenomena ini sangat ketara selepas dunia mengalami pemodenan hasil daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Sementara fahaman agama Kristian berpecah menjadi katolik dan protestan. Unsur mazhab protestan inilah yang mencipta manusia-manusia menjadi tamak kepada keuntungan terutama di barat. Sehinggalah barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan untuk dipunggah kekayaan mereka di samping menyebarkan agama kristian. Sedihnya kebanyakan perpecahan umat Islam pada hari ini sangat berkaitan dengan faktor mendapat keuntungan lebih dari yang lain.

Pandangan agama yang diulas oleh Dr. Haron Din menampakkan kebenarannya. Manusia semakin jauh dari petunjuk yang diturunkan ALLAH SWT iaitu Al-Quran dan Hadis nabi. Sumber rujukan tertinggi dalam menyelesaikan semua permasalahan manusia dalam apa jua bidang meliputi Muslim atau Non-Muslim. Dr. Haron Din menghuraikan secara panjang lebar apabila manusia bukan sahaja jauh malah berani menentang Pencipta.

Sangat menarik dua pandangan berbeza di sini. Seorang ahli sains sosial dapat menghuraikan suatu fenomena dengan bukti empiri tanpa langsung menyerah kepada takdir. Maksudnya setiap apa yang berlaku mempunyai hujah-hujah ilmu berdasarkan fenomena alam dan tindakan manusia. Seorang ahli agama pula memberikan hujah bersandarkan nas serta dalil aqli dan naqli serta maqamnya yang tinggi di sisi ALLAH SWT.

Saya tidak berniat hendak melagakan kedua-dua tokoh tersebut. Namun amat menarik jika kita ambil pengajaran yang sangat berguna daripada kedua pandangan ini. Kebanyakan umat Islam (Malaysia) sangat menyerah kepada takdir apabila berlaku sesuatu mala petaka dan tidak berusaha menyelidikinya. Akibatnya mala petaka itu berulang datang. Ini kerana apabila tiada penyelidikan walaupun bukan khusus menyebabkan kita tidak dapat meramal dan mengelak daripada terjadi.

Ilmu sangat penting dalam membina syahsiah dan ummah. Saidina Ali pernah berpesan "perancangan kaum kuffar akan mengalahkan orang Islam yang semata-mata berserah".

Petikan dr : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1892 - Pak Belalang

Ragam Adhoc sepanjang Kejohanan Piala Malaysia 2009







Juara Piala Sumbangsih 2009

Sekalung Tahniah buat Pasukan Terengganu(Peteh FC) kerana telah menjuarai Piala Sumbangsih pada tahun 2009. Kemenangan ini dijulang setelah menewaskan pasukan Tanta dengan mata 1-0 yang berlangsung di Stadium Syarqiah Zaqaziq, Mesir.

Sekali lagi ucapan TAHNIAH kepada Pasukan Terengganu, penyokong dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Berjuang terus berjuang.

Ekspo Gempak PMRAM 2009



Jom sama-sama meriahkannya....

Persidangan Meja Bulat Hasilkan 3 Resolusi

Sumber : http://www.pmram.org

22 Julai - Konvensyen PMRAM telah menemukan 3 resolusi utama hasil daripada perbincangan meja bulat bersama-sama dengan wakil PMRAM, wakil BKAN dan termasuk juga wakil-wakil dari DPM. Resolusi-resolusi yang diperoleh, kemudiannya disebut oleh Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad kepada para perwakilan yang hadir dalam Konvensyen PMRAM 2009.

Resolusi-resolusi yang telah mendapat persepakatan dalam perbincangan meja bulat ialah:
1) Memberikan perhatian penuh terhadap agenda tarbiyyah PMRAM
2) Bersedia menyalur tenaga pakar demi survival PMRAM
3) Amal makruf nahi munkar tanggungjawab bersama

Resolusi-resolusi yang telah disepakati oleh setiap wakil yang terlibat, telah dibentangkan oleh Presiden dan beliau menegaskan bahawa resolusi yang dicadangkan untuk konvensyen pada kali ini adalah berbentuk perlaksanaan secara menyeluruh dan bukannya hanya bersifat retorik serta melambangkan teori semata-mata.

"Kita cukup komited dalam melaksanakan resolusi-resolusi yang telah kita sepakati dan bukanlah resolusi-resolusi ini banyak akan tetapi tidak menghasilkan apa-apa tindakan selanjutnya," jelas Presiden kepada setiap perwakilan.

Sebelum itu, saudara Presiden telah menyampaikan ucapan dasar Presiden PMRAM untuk pembawakan PMRAM pada sesi kali ini. Beliau telah menyampaikan 11 subtopik di bawah tema Julang Thaqafah Bakti Dicurah, sama seperti tema yang lepas akan tetapi ditambah dengan satu subtopik baru iaitu "Survival PMRAM".

Subtopik baru yang telah ditambah untuk pentadbitan PMRAM pada sesi ini adalah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan DPM Tanta. Para perwakilan yang membahaskan setiap subtopik yang telah diberikan, menyifatkan konvensyen pada kali ini adalah untuk memantapkan lagi struktur pentadbiran PMRAM pada masa akan datang.

Di samping itu juga, konvensyen pada kali ini juga diadakan slot ARMA yang telah dibentangkan oleh Timbalan Presiden, merangkap Lajnah Perancang Dan Panitia PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Dalam pembentangan tersebut, diketengahkan isu-isu yang berkaitan dengan ARMA dan tidak lupa juga terhadap kempen Dana Apatmen PMRAM.

Kisah Benar : Pakai Tudung

Dipetik dari : http://www.surau.ladang.net

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..di depan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna di sebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisiNya.. Amin..

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Sekitar Desuq









Siapa yang harus dipersalahkan???

Sebelum ini bangunan ini tersergam indah. Telah mengukir satu sejarah buat negeri Terengganu Darul Iman dalam arena sukan negara. Sukma Malaysia(Sukma)XII yang telah diadakan pada 31 Mei 2008 (zaman Idris Jusoh). Itulah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.


Stadium yang dibina dengan kos kira-kira RM300 juta itu kini runtuh pada Selasa lalu. Kejadian ini telah menyebabkan orang ramai mencari siapa yang patut bertanggungjawab atas kelemahan kualiti keselamatan stadium ini. Katanya stadium ini tidak mendapat sijil pengiktirafan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Olahraga Antarbangsa (IAAF) selaku badan yang menyelia sukan olahraga termasuk kualiti gelanggang di seluruh dunia.


Kalau betullah stadium ini tidak mendapat pengesahan, kenapa masih boleh menganjurkan kejohanan sukan? Bagaimana insiden ini boleh berlaku? Mungkinkah ada di sana mainan kotor pihak-pihak tertentu? Apa yang anda fikirkan?

Mencari Sahabat Sejati

Berpesan Al Qomah kepada anaknya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Erti Persahabatan


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang hatinya??perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai?
bolehkah kita dijadikan tempat untuk dia bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka..

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu..

Hari Guru di SMA(A)SZA

Sumber:http://nadifotografi.blogspot.com








Pada hari ini, berlangsung sambutan hari guru peringkat sekolah dengan bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa. Semalam, TPM yang juga Menteri Pelajaran telah melancarkan sambutan peringkat kebangsaan di Pulau Wan Man.
Banyak acara telah dijalankan oleh pelajar-pelajar SMAASZA bagi meraikan perayaan tersebut, termasuk juga hadiah dan ucapan dari mereka untuk guru-guru mereka.
Itulah guru, tidak jemu-jemu mendidik dan membimbing anak bangsa mereka ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Doa dan harapan kami, agar anda semua cemerlang dalam segala lapangan yang anda ceburi dan jadikan teguran dan nasihat kami, sebagai motivasi ke arah yang lebih baik. Andai kami tersilap dalam tindakan kami, kami juga mohon kemaafan kerana kami juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Kami bertindak bukan kerana lain, melainkan untuk membaiki kesalahan dan ingin melihat anda berjaya.
Apapun terimakasih di atas segala hadiah dan ucapan yang telah anda berikan.

Tahniah buat warga pendidik SMA(A)SZA.
Jasamu akan terus mekar dihati-hati anak didikmu.
SMA(A)SZA akan terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Selamat Hari Lahir



Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepadaNya,
Atas nikmat usia,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi.

Album : Ya Rasulullah
Munsyid : Saujana


Kenangan bersama di Masjid Sultan Qatbay ketika Ziarah Maqam bersama sahabat-sahabat kepimpinan yang lain.

Selamat Hari Guru

Wahai guruku yang dikasihi
Engkaulah pelita diri ini
Menerangi hati nurani
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku
Agar dipimpin terus hambaMu
Agar terhindar dari neraka
Moga dibukakan pintu syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan dihati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku
Kesilapan anak-anakmu
Ku serahkan jiwa ragaku
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi
Engkaulah guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan
Pulang bawa kejayaan
Anugerah yang diimpikan

Cermin Diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Selamat Hari Ibu


Adalah sesuatu yang tidak harus ungkapkan.
Adalah sesuatu yang tidak harus disampaikan.
Adalah sesuatu yang tidak harus diterjemahkan.
Sesuatu itu yang mungkin disebut Kasih Ibu..

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

Aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

Aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan

Aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

Aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

Aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

Aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

Ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

Kembali

Selama 6tahun tak pulang ke Malaysia. Kini dia selamat kembali ke pangkuan keluarga yang sentiasa merinduinya. Kedatangannya bersama aku dan sahabat-sahabat yang lain satu tika dulu, banyak mengejar kami erti sebuah persabahatan dan kehidupan. Selamat jalan buat sahabatku Norazam Zakarai.

salam Perjuangan.

Bingkisan Rindu


Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu meninggalkan kita semusa
Tanpa disedar bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku tersenyum sendiri
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
Menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Terpatri namamu
Kau takkan ku lupa...



Selamat Hari Lahir buat sahabatku Akhi Kamal Jamadi...
Semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dunia akhirat...
Doaku sentiasa bersamamu teman...

Dimanakah???

Siapa pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan..apa yang Allah SWT tetapkan dalam kehidupan kita seharian..apa yang kita harapkan adalah perancangan kita selari dan seiring dengan ketetapan Allah SWT..Mungkin apa yang berlaku pada diri aku hari ini adalah untuk menguji sejauhmana kesabaran dan setebal manakah keimanan aku... dan apa yang baik adalah segalanya dari Allah SWT, Pencipta yang Maha Agung, segala yang buruk dan lemah itu adalah diri kira sendiri...

Ya Allah, ampunilah aku. Moga-moga kita semua diampuni Allah SWT.Amin..

Salam Imtihan

Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari sahabat-sahabat diatas segala kesilapan lalu..Salam imtihan dan doakan kejayaan kita semua dalam menghadapi ujian didunia mahupun akhirat..Insya Allah.

Salam Imtihan dan Salam Perjuangan,
Adiey

Kehidupan Seorang Pejuang


Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/kenangan-juang-bersama-ayah-chik.html

Kenangan Juang Bersama Ayah Chik

Assalamualaikum , salam perjuangan terlebih dahulu saya hulurkan buat Ayah Chik semoga senantiasa dikurniakan taufiq dan hidayah , jua ketabahan jiwa yang tinggi dan mantap dalam memimpin sebuah bahtera perjuangan yang besar meredah samudera luas dan buas .Saya memohon maaf berbanyak maaf jika kenangan on line ini mengganggu penumpuan Ayah Chik dalam mengemudi bahtera saat laut kian bergelora dan gelombang kian mengganas .Saya yakin , melalui susur galur pentarbiyyahan yang pernah dilalui oleh Ayah Chik pula berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pejuang yang tidak pernah penat dan lelah mengharungi cabaran , rintangan dan halangan di sepanjang jalan , Ayah Chik cekal menghadapi apa jua situasi sukar .Biarpun kini wajah dan jasad Ayah Chik semakin dimamah usia namun jiwa kental dan hati waja seorang pejuang yang diamanahkan oleh ummah untuk menjulang panji syariah masih terserlah . Pastinya semangat Ayah Chik tidak akan luntur apalagi mundur hanya kerana kedengaran dentuman petir dan kilat di langit , kerana sebelum ini sudah biasa basah dihujan dan goyang diribut .Saya telah mengikuti dari dekat perjuangan Islam yang digerakkan oleh Ayah Chik sejak tahun 1984 , sedang tika itu saya hanyalah seorang murid bertatih baca alif , ba , ta di tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan . Setiap hujung minggu saya akan ke pekan sehari untuk membeli kaset ceramah Ayah Chik dan Ayah Ziq [ Tok Guru Nik Aziz ] yang diterbitkan oleh Pustaka Jihad [ kalau tidak silap saya ] .

Amanat Hj. Hadi

Tidak perlulah saya meriwayatkan kisah yang sedia diketahui umum . Cuma apa yang saya mahu kenangkan kembali ialah bagaimana Ayah Chik telah membawa satu gelombang kebangkitan Islam dengan meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang benar - benar menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang tulen .Bergandingan dengan Al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Ar Rawa , Al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Noor dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayah Chik mara memobilisasi kesedaran rakyat yang bermula dengan pemantapan aqidah perjuangan mereka .Amanat Hj Hadi menjadi popular malah seluruh markaz PAS ketika itu akan menyimpan amanat tersebut di dalam frame tergantung di dinding . Bermula dari mak cik dan pak cik di kampung dan desa hinggalah kepada ikhwah dan akhawat mahasiswa university mula menyahut seruan jihad ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .

Nabi Hadi dan Nabi Fadhil

Ayah Chik gigih ke serata negeri memenuhi undangan membelah kubu kuat UMNO yang berserakan di seluruh negara . Membangkitkan kesedaran , menyemarak semangat juang , membekalkan ilmu , menambah ahli serta cawangan dan menggerakkan jentera parti di semua peringkat agar aktif mendepani cabaran faham sekular yang dibawa oleh UMNO dan BN .Melihat sambutan luar biasa rakyat dari seluruh negara terhadap dakwah Ayah Chik bersama PAS , akhirnya Ayah Chik dan Al Marhum Tuan Guru Fadhil Noor difitnah oleh UMNO dan BN kononnya mereka berdua [ Ayah Chik dan Ust Fadhil Noor ] akan menjadi nabi Melayu menjelang usia 40 tahun . Fitnah ini terpampang di dada - dada akhbar . Ya ... saya masih ingat !Nyata segalanya tidaklah melemahkan semangat Ayah Chik untuk terus menongkah cabaran . Melalui Kuliah pagi jumaat dan Khutbahnya di Masjid Rusila , Ayah Chik membina fikrah Islami yang syumul dikalangan ahli yang rata - rata belum jelas hala tuju perjuangan mereka . Suara mimbar Rusila terus bergema menguasai ruang udara , membentengi ummah dari wabak sekular yang disebarkan oleh UMNO dan BN .Masjid Rusila menjadi pangkalan kebangkitan Islam ketika itu . Nama Masjid Rusila terus masyhur ke serata dunia serentang dengan kehebatan al Qum di zaman pemerintahan Khomeini. Malah para pemimpin Gerakan Islam di peringkat antarabangsa lebih mengenali Rusila berbanding Taman Melewar pada waktu itu .Seangkatan dengan kemasyhuran Masjid Rusila ialah Masjid Pulau Melaka di Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat .Bertolak dari dua masjid inilah , bersama sentuhan 2 Tok Guru [ Ayah Chik dan Ayah Ziq ] , sinar Islam terus memancar menerangi kegelapan ummah . Sehingga kini , hampir tidak kedengaran lagi mereka yang berani mengatakan politik suku agama suku sebagaimana sebelumnya , kalimah ini senantiasa meniti di bibir pemimpin UMNO dan BN .Ayah Chik juga dinobatkan sebagai ulama' bertaraf antarabangsa . Sebaris Dr Yusuf Al Qaradhawi , Qadhi Hussein , Mehdi Akif , dan lainnya dalam menganggotai majlis Gerakan Islam antarabangsa , Majlis Pembebasan Al Quds dan Majlis Taqrib Mazahib di peringkat antarabangsa .Tentu sahaja air tangan Al Marhum Mujahid ulung Said Hawa rhm ini benar - benar menjadi , bak mutiara buat ummah sepanjang zaman khasnya bagi ummat Islam di blok Nusantara ini .Jauh Ayah Chik meniti ranjau , sehinggalah kini Ayah Chik diamanahkan sebagai Presiden PAS . Al Marhum Yusuf Rawa dan Al Marhum Ustaz Fadhil telah lama meninggalkan kita semua . Kini tinggal Ayah Chik bergandingan dengan Ayah Ziq memimpin parti .Malang cabaran mutaakhir ini ternyata lebih liar dan cukup menguji ketahanan kepimpinan 2 Tok Guru ini . Namun saya doakan agar mereka terus diberikan kekuatan luar biasa bagi menyerap segala tekanan dan terus gemilang memacu perjuangan yang masih jauh destinasinya .Ayah Chik , usahlah resah dan risau biarpun diluar sana kedengaran suara kritikan keras ke atas gaya dan cara kepimpinan Ayah Chik . Bagi saya , mereka berhak untuk melahirkan rasa tidak puas hati selama mana masih dalam frame akhlak dan adab berbeza pandangan . Segala kritikan boleh diambil secara positif untuk muhasabah dan sempadan dalam gerakkerja kita memimpin perjuangan ini .Selama Ayah Chik benar dan ikhlas memimpin perjuangan ini , saya sangat yakin pertolongan Allah swt akan senantiasa mengiringi perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sementara anak - anak buah yang dididik sekian lama akan terus mengantar doa restu mereka agar Ayah Chik sabar dan tabah seterusnya dipelihara oleh Allah swt .
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies