WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

Ramadhan Kareem


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh ummat Islam. Semoga kita semua dapat mempertingkatkan amal ibadat pada bulan yang penuh barakah ini.

Dikesempatan ini, saya memohon kemaafan andaikata diri kerdil ini banyak melakukan kesilapan yang disengajakan mahupun tidak.

Sama-samalah kita merebut peluang dan tawaran hebat pada Madrasah Ramadhan ini. Semoga kita semua dipertemukan pada Syurga yang menjanjikan segala kenikmatan. Insya Allah.

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

11 Ogos 2009, Inilah lirik nasyid yang aku nyanyikan semasa Malam Perasmian Penutup Ekspo Gempak PMRAM bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan(PMHK). Aku dijemput naik ke pentas untuk bersama Bazli(UNIC) bagi memeriahkan majlis. Bersama aku ada juga sahabat-sahabat yang lain..Aku tak ingat pun lagu ni, sebab dah lama tinggal..so, apa lagi,layankan je la..hehehe

Entri ni saje je aku tulis, just nak hiburkan hati aku..

SMA(A)SZA diarahkan cuti

Pihak Kesihatan telah mengarahkan supaya SMAASZA bercuti dari hari ini sehingga 20 Ogos, berikutan beberapa orang pelajar mengalami demam. Ini bererti para pelajar akan bercuti selama dua minggu termasuk cuti pertengahan penggal. Oleh itu semua peperiksaan akan ditangguhkan termasuk peperiksaan percubaan STAM dan PMR. Diharapkan para pelajar tidak panik dengan perkembangan ini kerana belum ada tanda-tandanya lagi. Yang pasti anda semua akan mengahadapi peperiksaan sebenar tidak lama lagi.

Nasihat Mudarris agar para pelajar gunakan masa cuti dengan menjaga kesihatahn masing-masing dan mentelaah buku-buku pelajaran terutama pelajar STAM.

Sumber :http://nadifotografi.blogspot.com

Tips Membina Kredibiliti Pimpinan

KEIKHLASAN KERANA aLLAH SWT SERTA SENTIASA BENAR DAN JUJUR
Perkara ini akan memudahkan datangnya pertolongan Allah SWT kepadanya. Dengan demikian Allah SWT akan menghimpunkan golongan yang ikhlas dan benar lagi jujur untuk membantu dan berdiri bersamanya dengan penuh kejujuran serta keikhlasan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
'Jika kamu menolong agama Allah SWT nescaya Allah SWT akan menlong kamu'


WAJIB SENTIASA MERASA SENSITIF TERHADAP PENGINTIPAN DAN PENGAWASAN ALLAH SWT TERHADAPNYA SETIAP AMAL YANG DIUSAHAKANNYA
Perasaan itu akan mendorongnya segera membuat kebaikan dan membaiki segala kerjanya serta mendorongnya manaiki martabat IHSAN.

'Hendaklah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatNya makan sesungguhnya Dia melihhatmu'

MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT DALAM SEGALA PERKARA DAN URUSAN
Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT dan mengadu kepadaNya.
Sentiasa mengawal perasaan bahawa segala usaha adalah kerana kudrat kuasa serta perencanaan Allah SWT.
Sentiasa menyedari bahawa semua amal dan usaha itu hanyalah sebagai musabbab sahaja dan sesungguhnya segala kejayaan hanyalah dengan pertolongan Allah SWT.

MEMPUNYAI RASA TANGGUNGJAWAB YANG MENDALAM
Ini akan mendorongnya agar berhati-hati dalam memegang amanah yang didukungi. Mestilah mengetahui, menyedari, berusaha bersungguh-sungguh serta memberi pengorbanan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul.
bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dalam mencapai faedah dan natijahnya.

KEMURNIAAN PENGERTIAN KASIH SAYANG DAN UKHUWWAH FILLAH
Perkara ini hendaklah dipupuk antara pimpinan dan mereka yang dipimpin. hal ini akan melahirkan suasana persefahaman, kesepakatan, tolong-menolong dan kerjasama dalam mengatasi segala masalah dan rintangan.

MERANGKA DAN MERANCANG
Perancangan, penetuan, matlamat, marhalah, persiapan dan sebagainya mengikut kemampuan.
Bijak mengagih-agihkan tugas dan kerja yang penting kepada mereka yang berkenaan dalam memberikan penjelasan yang sewajarnya.
Mengawasi perlaksanaan kerja yang telah diarahkan dan mengatasi segala rintangan serta halangan yang mendatang.

KEPIMPINAN DAN MEREKA YANG DIPIMPIN MESTILAH BERUSAHA MEMBENTUK IMAN YANG KUAT

WASIAT IMAN SYAHID HASSAN AL BANNA

Kamu tidak akan dikalahkan lantaran sedikitnya bilangan kamu, lemahnya kelengkapan dan peralatan kamu atau berhimpunnya musuh-musuh menentang kamu, kerana walaupun semua penghuni di muka bumi ini berhimpun memusuhi kamu nescaya mereka semuanya tidak dapat membahayakan kamu kecuali apa yang telah ditentukan Allah kepada kamu.

Tetapi kamu akan dapat dikalahkan dengan begitu teruk yang mengakibatkan kamu hilang segala-galanya lantaran satu sebab iaitu :

Apabila hati kamu telah rosak, Allah SWT tidak memperbaiki amal-amal kamu, suara kamu telah berpecah dan fikiran kamu bertentangan antara satu sama lain.

Sebaliknya selagi kamu bersatu padu, ditambah dengan sentiasa mengadap Allah SWT, sentiasa jalankan ketaatan kepadaNya, berjalan menurut manhaj redhaNya, tidak pernah merasa lemah dan hina, maka kamulah umat yang paling tinggi...

Allah SWT bersama kamu dan Dia tidak akan mensia-siakan amal dan usaha kamu.

Petikan : Jalan Dakwah, Antara Pimpinan dan Tentera(M.Masyhur)

Untuk sahabat-sahabatku,
Jasamu dikenang, hanya Allah SWT yang layak membalasnya. Pengorbanan hari ini adalah untuk memastikan kesinambungan perjuangan generasi akan datang, kerana kita adalah mata rantai perjuangan itu.

H1N1: PERUTUSAN PRESIDEN PAS

Sumber : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1935 - Abu Jihad


Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang sangat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda atau kaya miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah ujian Allah SWT kepada kita.

Dalam hal ini, pertamanya PAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini.

Kedua, agensi kerajaan yang mendepani dalam menghadapi wabak ini iaitu Kementerian Kesihatan juga seharusnya diberi pelbagai ruang dan sumber yang secukupnya supaya kakitangan kementerian ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh professional dan selamat. Segala nasihat yang disampaikan dan tindakan yang diambil oleh mereka ini perlu dipandang dengan serius oleh semua pihak. Dalam pada itu juga, segala prosedur dan proses bagi mendapatkan bahan ubatan untuk menghadapi wabak ini yang dijangka berada di pasaran dalam tempuh beberapa bulan lagi juga seharusnya dipermudahkan.

Ketiga, PAS menyeru supaya pihak-pihak institusi pendidikan di semua peringkat yang menempatkan golongan pelajar dalam kelompok yang ramai ini juga untuk mempermudahkan segala proses membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap penularan ini.

Keempat, sekiranya diperlukan untuk membantu mana-mana pihak atau sesiapa sahaja dalam suasana sebegini, maka PAS telah bersedia untuk menggerakkan seluruh tenaga sukarelawan menerusi Unit Amal, Lajnah Kebajikan, tenaga doktor dan kaunseling serta alim ulama untuk membantu rakyat dalam menghadapi wabak ini. Ini adalah sumbangan PAS kepada seluruh rakyat supaya kita sama-sama dapat menghadapi suasana ini secara bersama tanpa mengira fahaman politik.


Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

H1N1 : Pandangan Sosialis dan Pandangan Agamawan

"Terkejut apabila membaca artikel Hishamuddin Rais berkenaan penyakit H1N1 dalam kolum berita Malaysiakini semalam, 12 Ogos 2009. Analogi yang diberikan amat mudah difahami tetapi dalam ruang lingkup yang besar. Di sini beliau telah melakukan penyelidikan walaupun tidak menyeluruh namun telah memberi jawapan secara empirikal dan sangat berkaitan dengan fenomena sebenar dunia pada hari ini. Huraian penyakit H1N1 dari konteks agama telah dijelaskan oleh Tuan Guru Dr. Haron Din dan termuat dalam akhbar Harakah terbitan sebelum ini.

Terdapat perbezaan yang sangat jelas penerangan yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini. Hishamuddin Rais dikenali seorang ahli sains sosial yang mementingkan hujah-hujah empirikal (bukti) dalam sesuatu fenomena yang berlaku. Sementara Dr. Harun Din merupakan seorang cendikiawan Islam yang terbukti mempunyai ilmu agama yang tinggi dan pandangan Islam yang jauh.,

Jika dilihat keadaan sebenar dunia pada masa kini, fahaman kapitalis merebak di mana-mana. Semua perkara berhubung dengan kehidupan manusia semata-mata bepaksikan keuntungan. Niat, perbuatan dan hubungan sesama manusia adalah sejauh mana keuntungan boleh dibuat. Keuntungan kecil bermakna hubungan yang sedikit, keuntungan besar membolehkan hubungan lebih rapat sesama manusia. Tiada lagi hubungan kerana ALLAH SWT. Semuanya adalah fulus.

Perubahan fenomena ini sangat ketara selepas dunia mengalami pemodenan hasil daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Sementara fahaman agama Kristian berpecah menjadi katolik dan protestan. Unsur mazhab protestan inilah yang mencipta manusia-manusia menjadi tamak kepada keuntungan terutama di barat. Sehinggalah barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan untuk dipunggah kekayaan mereka di samping menyebarkan agama kristian. Sedihnya kebanyakan perpecahan umat Islam pada hari ini sangat berkaitan dengan faktor mendapat keuntungan lebih dari yang lain.

Pandangan agama yang diulas oleh Dr. Haron Din menampakkan kebenarannya. Manusia semakin jauh dari petunjuk yang diturunkan ALLAH SWT iaitu Al-Quran dan Hadis nabi. Sumber rujukan tertinggi dalam menyelesaikan semua permasalahan manusia dalam apa jua bidang meliputi Muslim atau Non-Muslim. Dr. Haron Din menghuraikan secara panjang lebar apabila manusia bukan sahaja jauh malah berani menentang Pencipta.

Sangat menarik dua pandangan berbeza di sini. Seorang ahli sains sosial dapat menghuraikan suatu fenomena dengan bukti empiri tanpa langsung menyerah kepada takdir. Maksudnya setiap apa yang berlaku mempunyai hujah-hujah ilmu berdasarkan fenomena alam dan tindakan manusia. Seorang ahli agama pula memberikan hujah bersandarkan nas serta dalil aqli dan naqli serta maqamnya yang tinggi di sisi ALLAH SWT.

Saya tidak berniat hendak melagakan kedua-dua tokoh tersebut. Namun amat menarik jika kita ambil pengajaran yang sangat berguna daripada kedua pandangan ini. Kebanyakan umat Islam (Malaysia) sangat menyerah kepada takdir apabila berlaku sesuatu mala petaka dan tidak berusaha menyelidikinya. Akibatnya mala petaka itu berulang datang. Ini kerana apabila tiada penyelidikan walaupun bukan khusus menyebabkan kita tidak dapat meramal dan mengelak daripada terjadi.

Ilmu sangat penting dalam membina syahsiah dan ummah. Saidina Ali pernah berpesan "perancangan kaum kuffar akan mengalahkan orang Islam yang semata-mata berserah".

Petikan dr : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1892 - Pak Belalang

Ragam Adhoc sepanjang Kejohanan Piala Malaysia 2009







 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies