WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

Konvoi Gaza : Isu Palestin Cakna Bersama


KAHERAH, 2 Jun – Kejadian serangan Zionis Israel terhadap kapal induk Mavi Marmara baru-baru ini telah mendapat tumpuan masyarakat dunia. Hampir keseluruhan negara mengutuk kejadian yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun ini.

Beberapa buah negara telah melakukan tindakan demontrasi besar-besaran terhadap isu yang melanda di Gaza termasuk negara Mesir. Kelmarin menyaksikan beberapa buah negeri di Mesir telah mengadakan rapat umum dan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh aktivis Islam Mesir seperti di Zagazig, Iskandariah, Fayyum, Tanta, Mansurah, Kaherah dan beberapa buah lagi negeri di Mesir.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melarang sama sekali seluruh ahli-ahlinya dan mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini agar tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi yang diadakan oleh masyarakat tempatan.

“Kita bimbang mudharat yang lebih besar akan berlaku apabila ada di kalangan mahasiswa Malaysia khususnya ahli-ahli PMRAM terlibat dengan demonstrasi jalanan. Saya harap segala tindakan yang dilakukan, biarlah mengikut kepada arahan pimpinan. Sebab itulah PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam untuk solat hajat serta melazimi bacaan Qunut Nazilah.” ujar Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime.

Semalam kebanyakkan PMRAM Cawangan di Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) telah mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah di tempat masing-masing walaupun suasana ketika ini mahasiswa sedang sibuk menghadapi peperiksaan.

Selain itu, kesemua DPM dan BKAN bersama-sama dengan PMRAM menyuarakan dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel Zionis itu.
Dalam pada itu, Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM mengharapkan agar seluruh mahasiswa lebih cakna dengan isu yang melanda umat Islam di Palestin.

“Sebagai mahasiswa Islam, tugas kita bukan sahaja belajar dan menuntut ilmu lebih-lebih lagi sekarang ini kita sedang menempuh peperiksaan. Malah, sebagai seorang muslim, kita kena mengambil tahu hal yang berlaku di sekeliling kita lebih-lebih lagi hal yang melibatkan umat Islam tidak kira dimana jua berada lebih-lebih lagi bila mana melibatkan umat Islam di Palestin” ujar Naib Presiden III, Saudara Mohd Farkhan Mat Zin.

PMRAM yang juga merupakan gerakan mahasiswa di bumi Mesir mengajak ahli-ahlinya supaya lebih cakna dengan perkembangan umat Islam di Palestin. Oleh sebab itu, PMRAM menubuhkan satu unit dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM iaitu Mini Pavilion iaitu satu unit yang ditugaskan untuk memberikan penerangan tentang isu-isu umat Islam di Palestin.

Setakat ini, sebarang berita semasa mengenai Palestin dan isu sekitarnya dimasukkan di dalam laman rasmi Mini Pavilion http://map2street.blogspot.com/

Sumber: http://pmram.org

TABARRUJ : TRADISI BERMAKE-UP (BERSOLEK)


Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satu tradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……!

Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dan kebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorang suami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakah perasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku, nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akan berlaku sama sekali.

Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul……..?

Sebenarnya golongan lelaki dan wanita memiliki perlainan sifat-sifat atau perbezaan-perbezaan sifat fizikal di samping berbeza pula di bidang naluri masing-masing. Kaum wanita memiliki fizikal yang khas, tingkah laku mereka lemah lembut serta memiliki hormon-hormon Fauicolone dan Prageslerone. Semua aspek ini adalah sesuai untuk menjadi seorang ibu.

Sedangkan kaum lelaki pula memiliki badan yang tegap serta tenaga yang kuat yang mengatasi tenaga kaum wanita. Istimewa pula kaum lelaki mempunyai benih-benih zuriat (semen). Sifat-sifat ini semua sesuai pula untuk menjadi seorang bapa.

Secara umum, sifat-sifat normal tadi tidak mungkin berubah atau pun bertukar di antara satu sama lain. Berlakunya kejadian ini semua, Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam ayat-ayat-Nya yang bermaksud: “Bukankah dia didahului setitis mani yang ditumpahkan ke dalam rahim, kemudian mani itu menjadi segumpal darah. Lalu Allah menciptakan dan menyempurnakan. Kemudian Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan” (al-Qiamah: 37-39).

Sumber: http://ilmampusat.blogspot.com

Derma Kilat : Bayi Memerlukan Kos Pembedahan Jantung LE 50,000


KAHERAH, 2 Jun – Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, begitulah suatu ungkapan yang dialami oleh sepasang suami isteri yang baru sahaja menerima kehadiran seorang cahaya mata lelaki.

Dalam keadaan si ayah dan si ibu ingin menimang si cahaya mata dalam keadaan kegembiraan, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita bahawa bayi lelaki itu mempunyai masalah simptom komplikasi jantung yang memerlukan pembedahan yang cepat dan intensif.

Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan menyeru kepada seluruh ahli PMRAM di bumi Mesir ini agar dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh pasangan suami isteri itu.

“Sebagai persatuan induk yang menaungi 20 PMRAM Cawangan di bumi Mesir ini, PMRAM menyeru kepada seluruh ahli untuk menggemblengkan kebajikan bagi membantu saudara seaqidah kita bagi mengurangkan beban yang di alami oleh beliau, mudah-mudahan dengan bantuan yang di hulurkan akan membantu kita di akhirat sana nanti, insya-Allah”, ujar Naib Presiden III Saudara Mohd Farkhan Mat Zin.

Beliau berharap dengan bantuan yang dihulurkan oleh seluruh mahasiswa di bumi Mesir ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang di alami oleh pasangan suami isteri tersebut.

Beliau yang ditemui selepas pertemuan dengan Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime dan Presiden PPMI Saudara Muhammad Taufik Muhammad Akhyar Rifki di Pejabat PMRAM semalam.

Sumber :http://www.pmram.org

Aku Merinduimu

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

For the Rest of My Life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you…loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever …I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart..

Song by: Maher Zain


4 PERKARA...

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga".

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam":

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: "Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu":

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tu @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Lesen Judi Bola Sepak : Suatu Alasan Untuk Dihalalkan?


judi  bola.jpgMenjawab isu “judi bola sepak” yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan di Malaysia, Markaz Pengumpulan Hasilan dan Kajian PMRAM (MANHAL) telah mengkaji isu ini dan akan menyebutkan pendapat ulamak serta pendirian PMRAM terhadap masalah ini.

1) Hukum bermain atau terlibat dengan perjudian adalah HARAM di sisi agama Islam. Bahkan para ulamak mengklasifikasikan jenis haram ini adalah haram secara qat’ie. Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah, ayat 90.

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya minuman keras, berjudi, (bekorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilan perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung”. Ayat di atas merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa pertaruhan dan judi merupakan perkara yang dilarang secara qati’e menurut syarak. Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah mengharamkan pertaruhan dan judi berdasarkan firman-Nya : “Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu”.

Selain dalil Al-Quran di atas para ulamak juga bersepakat tentang hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w serta ijmak ulamak. Ia adalah perkara usul yang melibatkan aqidah serta pegangan kita selaku umat Islam. Berdasarkan dalil ini, mereka yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan sengaja adalah terkeluar daripada agama Islam.

2) Melihat kepada konteks Malaysia selaku negara yang mempunyai majoriti umat Islam, perkara ini seharusnya tidak berlaku. Bahkan jika dikaji, setiap agama yang wujud juga melarang penganutnya daripada berjudi, kerana akibat serta kesannya kepada masyarakat amatlah buruk serta bahaya.

3) Amalan berjudi hanyalah akan melahirkan masyarakat yang hilang pedoman serta pertimbangan hidup, menggalakkan berlakunya permusuhan dan menghilangkan keberkatan hidup daripada Allah s.w.t. Maka tindakan pihak berwajib memberikan lesen judi kepada syarikat BERJAYA secara tidak langsung telah membuka ruang berlakunya kebejatan akhlak serta keruntuhan moral dikalangan masyarakat Malaysia.

judi.jpg4) Alasan yang digunakan adalah ‘untuk mengawal pertaruhan haram berlaku’ seolah-olah memperolokkan agama. Firman Allah s.w.t pada surah Al-Baqarah ayat 229 : “Itulah hukum-hukum Allah , maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”.

5) Maka tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia ternyata menyalahi dan melanggar nilai moral agama. Hukum berjudi tetap tidak akan menjadi halal walaupun dengan cara memberi lesen. Kita boleh analogikan isu ini seperti hukum memakan babi. Adakah ia akan menjadi halal sekiranya kita menyembelih mengikut lunas Islam? Maka sudah pasti hukumnya tetap haram.

6) Oleh itu PMRAM menyeru kepada semua pendokong-pendokong Islam untuk bangkit dan menyatakan kebenaran terhadap isu yang berlaku ini. Kita tidak inginkan masyarakat Malaysia terjebak dalam perkara-perkara maksiat seperti ini. Semoga Allah s.w.t merahmati perjuangan kita untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini.

Sumber : http://pmram.org

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies