WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS


"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) �

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Kenangan Terindah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWt atas segala nikmatNYA. Semalam berakhirlah program Pembacaan Kutub Sittah, anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM). Program ini telahberlangsung selama empat hari bermula pada 17-20 Oktober 2009.

Setibanya Syeikh Ali Jum`ah, Mufti Mesir, aku menitiskan air mata tanda syukur kepada Allah SWT. Aku terfikir sejenak, bagaimana JPMK cuba menghalang program ini dengan menggunakan surat kepada Syeikhul Azhar, Syeikh Sayyed Tantawi, tetapi Allah SWt kurniakan Syeikh Ali Jum'ah dalam program ini. Selagi kita menjalankan perkara kebaikan Allah SWT akan sentiasa bersama kita. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu...

Tenang melihat wajah-wajah ulama' ini, membuatkan diri ini kerdil sekerdilnya. Aku menitiskan air mata tanpa disedari.

Tahniah kepada PMRAM dan seluruh ahli yang menjayakannya...

Sepanjang...

Dah lama rasanya blog ini bersawang..al-maklumlah kesempitan masa untuk mengadap laptop..so, macam-macam peristiwa,suka duka yang berlaku dalam tempoh itu..dari mana nak mulanya???

Entry yang terakhir adalah diakhir Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah, bulan yang dilimpahi dengan kelebihan..

Peristiwa pertama :
Empat(4) tahun lalu, 30 Ramadhan, satu peristiwa telah menimpa ke atas keluarga aku. Perginya seorang tokoh yang menjadi pembakar semangat kepada aku dan adik-beradik yang lain.Allah SWT lebih menyanyangi beliau.Beliau yang dimaksudkan adalah arwah Abah aku(Nik Jusoh Bin Salleh). Semoga abah ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang soleh, yang bertaqwa kepada Allah SWT, mereka yang dijanjikan Syurga, Insya Allah..

Peristiwa kedua :
Syawal menjelma setelah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tahun sebelum ini aku tidak berpeluang bersama dengan sahabat-sahabat di KPT. Maklumlah sebagai kepimpinan diperingkat pusat, aku dan sahabat2 kepimpinan yang lain akan diamanahkan untuk membaca perutusan Hari Raya 'idulfitri dari Tuan Presiden, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) di Badan Kebajikan Anak Negeri angkat masing-masing. Tetapi tahun ini, disebabkan sedikit masalah kesihatan aku meminta izin untuk tidak membaca perutusan tersebut dan sempatlah bersama sahabat-sahabat di KPT.

'idulfitri tahun ini sedikit berbeza dengan sebelumnya. Kenapa macam itu?aku sendiri pun tak tahu, tetapi memang berbeza. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..lambat laun kita akan tahu jua…

Sebelum aku menutup bicara untuk peristiwa kedua ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menjemput untuk 'open house'..apa yang boleh dikatakan dan boleh diisytiharkan pada tahun ini adalah, menu rasmi 'open house ialah nasi himpait @ nasi kapit…

Peristiwa ketiga :
30 September, tarikh kelahiran aku..pertamanya aku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih peluang untuk aku terus menghirup udara dimuka bumiNya ini. Jua aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merubah diri kearah yang lebih baik.

Ucapan terima kasih kepada pembuat kek coklat..sedap..lepas ni boleh tempah lagi..hehehe..ramai yang puji kek coklat tu..terima kasih juga aku ucapkan kepada sahabat-sahabat yang mendoakan aku..juga tak dilupakan yang disayangi my little brother..thanks a lot untuk hadiah tu…

Sebenarnya ada lagi peristiwa yang berlaku sebelum tibanya tarikh kelahiran aku ini..tapi aku akan berbicara pada ruang yang khusus…

Nantikan ceritanya…

15 Alasan rindukan Ramadhan

Fuad Syazwan menulis "Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:

1. Gelaran taqwa

Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah infrastructure untuk mendapatkan gelaran taqwa itu.

"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
QS al-Baqarah: 183

Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah

Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri, saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."
QS. Ath Thalaaq: 2

"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
QS. Ath Thalaaq: 4


b. Dicukupkan keperluannya

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ..."
QS. Ath Thalaaq: 3


c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati

Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
QS. al-A'raaf: 35


2. Bulan pengampunan

Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkinterjadi. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan
Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."


3. Pahalanya dilipatgandakan

Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya."
HR. Bukhari Muslim

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib.
HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah

Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah..


4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu. "
HR Muslim

Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan "Sale". Orang yang tidak membeli akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya sedemikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk syaitan menggoda manusia.


5. Ibadah istimewa

Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku."
HR Bukhari Muslim

Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa.

Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita tauladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar boleh melalui membaca Al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.


6. Dicintai Allah

Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada- Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya."
HR Bukhari


7. Do'a dikabulkan

"Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku. "
QS. al-Baqarah: 186

Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku."

Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang."
HR Ahmad dan Tirmidzi

Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan, kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram, bagaimana dapat dikabulkan doanya?

Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.


8. Turunnya Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan.
QS. al-Qadr

Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur'an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada malam itu.

Beberapa hadith shahih meriwayatkan malam Laulatul Qadar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (sholat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa di akhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Oleh kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut Lailatul Qadar.

Ada dua tanda Lailatul Qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)kesejahteraa n/kedamaian sampai terbit fajar.
QS al-Qadr: 4-

Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!'

Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qadar.


9. Meningkatkan kesihatan

Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh
memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).

Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel cancer. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perot, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis
organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.


10. Penuh harapan

Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah, menjadikan hidup lebih bermakna.

"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya."
HR. Bukhari


11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

"Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup."
HR. Bukhari


12. Minum air telaganya Rasulullah saw

"Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.'

Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu... Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus hingga masuk syurga."
HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi


13. Berkumpul dengan sanak keluarga

Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman.

Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain.

Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadith, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi! "
HR. Bukhari


14. Qaulan tsaqiilaa

Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan) untuk melakukan sholat malam dan tadarus al-Qur'an. Waktu paling baik menunaikan sholat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
QS Al Muzzammil: 3

Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah sholat isya' dengan berjamaah di masjid. Sholat ini lebih popular disebut sholat tarawih.

Sholat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula selesai sholat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, kerana al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan- perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan sholat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.


15. Hartanya disucikan

Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barkah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barkah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barkah akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan.

Aku dan Puasa

Setelah sekian lama blog ini bersawang tanpa sebarang entri. Hari ini telah pun 24 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Adakah aku telah menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya? Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang benar...aku pasrah!!!

Sepanjang Ramadhan kali ini, banyak perkara yang telah berlaku ke atas diri kerdil aku ini. Namun aku aku redha dengan ketentuanMu Ya Rabb. Aku dan Puasa???

Alhamdulillah puasa tahun ini banyak mendidik aku untuk mengkaji dan membaca. Perkara yang sepatutnya aku lakukan dahulu tidak aku lakukan. Membaca dan mengkaji adalah hobi aku suatu ketika dulu, namun tertinggal buat sekian lama, kini ianya kembali bersama aku. Terima kasih buatMu Ya Allah, kerana mencampakkan kembali perkara baik ini untuk aku.

Kenapa aku berkata demikian??? Puasa tahun ini telah banyak mendesak aku untuk membaca. Kerana terpaksaanlah yang menyebabkan aku jadi minat kembali. Namun aku berdoa kepadaMu, permulaan yang terpaksa ini akan menjadi keikhlasan pada akhirnya. Untuk memulakan kembali perkara ini, aku terpaksa memaksa diri aku. Ya Allah, pandulah aku. Ya Allah, bimbinglah aku.

Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.


Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja. Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang

Sumber : http://www.harakahdaily.net

Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah...kita semua telah berada dalam Madrasah Ramadhan. Juga telah melangkau 3Ramadhan 1430H. Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi peluang dan kesempatan kepada kita untuk sama-sama memperbaiki diri yang dhaif ini...

Selama 3hari ini, sejauhmanakah penghayatan kita kepada kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini? Adakah kita memanfaatkannya dengan amal ibadah sebanyak mungkin? Adakah kita menghayati Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan keinsafan?

Madrasah ini masih lagi berbaki 26 atau 27 hari lagi. Dikesempatan yang ada ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan mutu dan kualiti ibadah kita. Jangan jadikan Ramadhan ini sekadar kelaziman berpuasa yang tiada nilai tambah dan peningkatan pada diri kerdil kita. Sama-sama kita menghayati dengan sepenuhnya Ramadhan Al-Mubarak.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pd malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan ruh(Jibril) dgn izin Tuhannya unt mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." (Al-Qadr:1-5)

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

Dari Abi Hurairah beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."(HR Bukhari, Muslim & Nasaei)

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari dan Muslim)

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaei & Baihaqi)

Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. " (HR Bukhari& Muslim)

"Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-­setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka." (HR Tirmidzi)

Semoga Ramadhan kali ini lagi ada peningkatannya berbanding dengan Ramdhan yang lalu. Diharapkan juga semoga kita menjadi hambaNya yang hari ini lebih baik dari kelmarin...Insya Allah.
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies